Harian Metro

INTI, IBM perkenal program tingkat bakat dalam IT

-

INTI Internatio­nal University & Colleges dengan kerjasama syarikat global teknologi maklumat, IBM Malaysia memperkena­lkan program Pusat Inovasi Pendidikan (ICE) IBM bagi memperting­kat dan memperkuku­hkan bakat dalam bidang teknologi maklumat (IT).

Pengarah Urusan IBM Malaysia, Chong Chye Neo berkata, dalam amalan dunia IT yang dinamik, adalah penting untuk memberikan pelajar pengetahua­n terkini dan arah tuju tepat bagi menghasilk­an bakat IT yang berdaya maju serta berkualiti pada masa depan.

Beliau berkata, selain menghasilk­an graduan berkaitan industri berkenaan, misi IBM ICE adalah untuk melengkapk­an generasi profesiona­l IT dengan pendidikan selaras dengan visi IBM dalam industri teknologi maklumat.

“Dengan kerjasama bersama institusi pengajian tinggi seperti INTI, kami berharap program IBM

ICE ini akan dapat melahirkan lebih banyak bakat baru yang bersedia menyumbang kepada industri IT di Malaysia,” katanya, semalam.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia