Harian Metro

18 bulan jadi ‘hantu’

-

London: Seorang bekas askar disahkan menghidap sejenis penyakit otak yang menyebabka­n dia percaya dirinya sudah meninggal dunia dan menjadi hantu.

Warren McKinlay, 35, disahkan menghidap sejenis penyakit yang dikenali sebagai Sindrom Cotard selepas terbabit dalam satu kemalangan motosikal pada 2005 yang hampir membunuhny­a.

McKinlay yang berasal dari Braintree, Essex berkata, kemalangan itu menyebabka­n dia mengalami kecederaan serius termasuk di bahagian kepala dan dirawat di sebuah hospital tentera.

“Pada waktu itu ramai askar yang cedera dalam perang di Afghanista­n dirawat di hospital sama.

“Setiap hari saya melihat ada askar yang mati dan ramai yang kehilangan anggota badan,” katanya.

Menurutnya, selepas beberapa bulan dirawat di hospital dia akhirnya sembuh dan dibenarkan pulang tetapi mula berkelakua­n ganjil.

“Kerana sering melihat kematian ketika di hospital, saya secara perlahan-lahan percaya saya juga sudah mati dan menjadi hantu.

“Saya juga tidak makan kerana percaya tiada gunanya saya makan akibat sudah meninggal dunia,” jelasnya.

Menurutnya, penyakit itu menyebabka­n dia sering mengasingk­an diri dan tidak bercakap dengan isteri serta anak-anaknya kerana percaya dia sudah menjadi hantu.

Katanya, keadaan itu berlarutan selama 18 bulan sebelum dia kembali pulih selepas menjalani rawatan psikologi.

Seorang pakar berkata, Sindrom Cotard sangat jarang berlaku dengan kebarangka­lian satu dalam satu bilion.

Menurutnya, penyakit itu boleh membawa maut kerana pesakit tidak mahu makan apabila menyangka mereka sudah mati. - Agensi

 ??  ?? SELAMA 18 bulan McKinlay percaya dia sudah meninggal dunia dan menjadi hantu. - Press People
SELAMA 18 bulan McKinlay percaya dia sudah meninggal dunia dan menjadi hantu. - Press People

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia