Harian Metro

Kedutaan asing keluarkan amaran

-

Jakarta: Beberapa negara mengeluark­an amaran kepada warganya supaya menjauhi perhimpuna­n besar-besaran yang dijadual di Jakarta hari ini kerana bimbang ia mungkin bertukar ganas.

Sekurangny­a-kurangnya 150,000 penunjuk perasaan dijangka membanjiri Monumen Nasional bagi mendesak Gabenor Jakarta, Basuki Tjahaja Purnama yang didakwa menghina agama Islam ditangkap.

Bantahan sebelum ini yang dihadiri kira-kira 100,000 penunjuk perasaan berakhir dengan keganasan yang menyebabka­n seorang terbunuh dan beratus lagi cedera.

Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Jakarta, memberi amaran kepada rakyatnya, walaupun perhimpuna­n itu dirancang secara aman tetapi ia boleh bertukar menjadi konfrontas­i yang mencetuska­n keganasan.

“Kumpulan ekstremis mungkin cuba mengambil kesempatan atau membuat kekacauan,” kata kenyataan itu.

Pihak kedutaan AS juga menasihati warganya supaya menjauhi lokasi perhimpuna­n itu diadakan.

Kerajaan Australia pula meminta supaya rakyatnya di Indonesia sentiasa berjaga-jaga dan peka dengan situasi sekeliling.

“Kerajaan menasihati semua rakyat Australia supaya tidak datang ke lokasi perhimpuna­n kerana ia boleh menjadi ganas,” katanya.

Beberapa lagi negara juga mengeluark­an amaran serupa dan menasihati warga mereka supaya berhati-hati ketika berada di Jakarta.

Basuki atau lebih dikenali sebagai Ahok mencetuska­n kemarahan orang Islam apabila mendakwa lawannya mengguna ayat al-Quran untuk menipu pengundi supaya tidak mengundiny­a dalam pilihan raya gabenor tahun depan.

Ahok dijangka didakwa di mahkamah atas tuduhan menghina agama tetapi kumpulan Islam masih mendesak polis menangkap pemimpin beragama Kristian itu. - AFP

 ??  ?? ANGGOTA keselamata­n bersedia di pekarangan Monumen Nasional menjelang perhimpuna­n besar-besaran pada hari ini. - Reuters
ANGGOTA keselamata­n bersedia di pekarangan Monumen Nasional menjelang perhimpuna­n besar-besaran pada hari ini. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia