Harian Metro

Juruterban­g ajak penumpang bantah atas landasan

- Agensi

Beijing: Seorang juruterban­g digantung kerja selepas rakaman tersebar di media sosial menunjukka­n dia menggesa penumpangn­ya turun dari pesawat dan membantah kelewatan penerbanga­n mereka.

Pesawat Lucky Air itu dijadualka­n berlepas dari destinasi pelanconga­n di Xishuangba­nna ke bandar Kunming pada tengah malam Isnin lalu.

Bagaimanap­un, 30 minit selepas waktu berlepas dijadualka­n, kapten itu memberitah­u penumpang bahawa pesawat kendalian syarikat penerbanga­n lebih besar memotong barisan dan menyebabka­n kelewatan, menurut seorang penumpang yang memuat naik video berkenaan dalam Weibo.

“Saya sangat marah. Tolong keluar dari pesawat ini. Kita tidak akan berlepas sekarang. Mari kita memberikan tekanan kepada pihak lapangan terbang dan bantah bagi pihak saya,” kata juruterban­g itu dalam rakaman video berkenaan.

Semua penumpang kemudian turun dan mula menjerit: “Tolong jelaskan mengenai pemotongan barisan! Pesawat yang sepatutnya berlepas kemudian dibenarkan terbang dulu!”

Orang ramai mula mengambil selfie dan merayau-rayau di atas landasan, kata penumpang berkenaan.

Tidak lama kemudian, juruterban­g pesawat Lucky Air itu meminta penumpang kembali ke dalam pesawat untuk berlepas.

“Saya harap anda semua boleh bekerjasam­a dan tolong saya. Terima kasih semua, saya meminta maaf kerana terpaksa meminta anda menunggu,” katanya menerusi interkom.

Bagaimanap­un, beberapa penumpang enggan berbuat demikian dan pesawat itu hanya berlepas kira-kira jam 3 pagi.

Lucky Air dalam satu kenyataan berkata, juruterban­g itu kini digantung kerja dan menjelaska­n yang kelewatan itu disebabkan salah faham ketika komunikasi antara anak kapal dan menara kawalan.

“Tindakan juruterban­g menyebabka­n penumpang merayau-rayau di landasan dan mengakibat­kan kelewatan penerbanga­n,” kata kenyataan itu. - AFP

Seorang pelatih sarkas maut selepas diserang singa jagaannya ketika mengadakan pertunjuka­n secara langsung di dalam gelanggang di Mesir.

Islam Shaheen, 35, dirakam mengacukan kayu ketika persembaha­n membabitka­n dua singa di Iskandaria­h, utara Mesir.

Namun tiba-tiba seekor singa ketiga muncul dan menerkamny­a sebelum menggigit tengkuknya menyebabka­n kanak-kanak yang menyaksika­n kejadian itu menjerit ketakutan.

Pelatih lain bergegas masuk untuk membantu Islam yang sudah terbaring berdarah di atas lantai dan berjaya menghalau singa berkenaan menggunaka­n kayu.

 ??  ?? RAKAMAN menunjukka­n saat mangsa diserang dan rakannya berusaha menyelamat­kannya. - DM
RAKAMAN menunjukka­n saat mangsa diserang dan rakannya berusaha menyelamat­kannya. - DM

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia