Harian Metro

Dua maut, 13 hilang dalam nahas kilang letupan

-

New Delhi: Sekurang-kurangnya dua pekerja terbunuh sementara 13 lagi yang lain dikhuatiri maut dalam satu letupan di sebuah kilang bahan letupan di selatan India, kata pegawai jabatan kecemasan semalam.

Menurut G Sathyanara­yanan, dua mayat itu ditemui dalam bangunan yang terbakar manakala pasukan penyelamat menggunaka­n jentolak untuk mencari mangsa yang terselamat dalam runtuhan berkenaan.

“Kami khuatir 15 orang terbunuh. Terdapat 18 pekerja di dalam kilang itu tetapi kami mendapat tahu yang tiga orang sudah keluar dari tempat itu sebelum kejadian,” kata Sathyanara­yanan kepada AFP menerusi telefon dari selatan negeri Tamil Nadu, tempat kejadian berlaku.

Selain itu, katanya, letupan di kilang yang menghasilk­an gelignite - sejenis bahan letupan - tercetus disebabkan oleh api, namun punca letupan masih belum diketahui.

Kemalangan maut kerap berlaku di kilang-kilang di India, kebanyakan­nya dalam skala kecil yang tidak mematuhi peraturan keselamata­n.

Tiga belas pekerja terkorban di sebuah kilang membuat pakaian haram di New Delhi bulan lalu selepas litar pintas elektrik mencetuska­n kebakaran. - AFP

 ??  ?? AKTIVIS Bangladesh memprotes di depan
Masjid Baitul Muqarram terhadap penindasan orang
Rohingya di Myanmar di Dhaka. - Reuters
AKTIVIS Bangladesh memprotes di depan Masjid Baitul Muqarram terhadap penindasan orang Rohingya di Myanmar di Dhaka. - Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia