Harian Metro

Persembaha­n bawa maut

-

Pelatih sarkas mati diserang singa ketika pertunjuka­n langsung disaksikan kanak-kanak

Islam kemudian dikejarkan ke Hospital Andalusian Salam tetapi meninggal dunia akibat kecederaan­nya.

Menurut abangnya, Islam menjadi pelatih di sarkas itu sejak 10 tahun lalu, dan kejadian berkenaan dipercayai berlaku kerana singa yang menyerangn­ya masih baru diperoleh dari Afrika Selatan, lapor akhbar Al-Arabiya.

Sementara itu, jurucakap sarkas, Mohammed Mustafa berkata, kejadian berlaku disebabkan singa berkenaan lebih agresif kerana musim mengawan.

Disebabkan itu, katanya, singa itu sudah diasingkan dan tidak akan melakukan sebarang persembaha­n sehingga selesai diperiksa doktor haiwan.

Tahun lalu, seorang pelatih singa wanita Mesir cedera diserang singa jagaannya ketika melakukan persembaha­n.

Faten El-Helw bagaimanap­un terselamat dan mengalami kecederaan pada bahunya selain retak tulang pinggul.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia