Harian Metro

Terjun tak sabar tunggu pesawat berhenti

-

Seorang wanita mencetuska­n panik apabila membuka pintu kecemasan dan terjun keluar dari pesawat ketika ia masih bergerak perlahan di atas landasan sejurus mendarat.

Pesawat United Airlines itu baru mendarat di Houston dari New Orleans dan dalam perjalanan menuju ke pintu ketibaan di Lapangan Terbang Interconti­nental George Bush apabila kejadian berlaku pada petang Isnin lalu, kata jurucakap syarikat penerbanga­n itu, Maddie King.

“Saya tersedar ketika pintu itu dibuka dan seorang wanita melangkah keluar darinya,” kata penumpang yang duduk berhampira­n.

Dia turut memuat naik video pendek menunjukka­n pintu kecemasan itu terbuka.

Wanita yang tidak dikenali itu kini mendapat rawatan di hospital namun dilaporkan tidak dikenakan sebarang tindakan. - Agensi

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia