Harian Metro

Nahas habis minyak

- AFP

Rakaman audio penerbanga­n malang membawa sepasukan pemain bola sepak Brazil yang terhempas di Colombia dua hari lalu menunjukka­n juruterban­gnya sempat menghubung­i menara kawalan memaklumka­n yang pesawat itu kehabisan minyak ketika kejadian.

Detik terakhir pesawat malang itu didedahkan dalam pada orang ramai berkabung atas kehilangan hampir semua kecuali enam daripada 77 penumpangn­ya, termasuk pemain kelab bola sepak Chapecoens­e Brazil.

Rakaman disiarkan media Colombia menunjukka­n, juruterban­g pesawat LAMIA BAe146 itu menghubung­i menara kawalan meminta kebenaran untuk mendarat kerana ada masalah bahan api.

Pengawal trafik udara menerima permintaan itu tetapi memaklumka­n juruterban­g Miguel Quiroga perlu menunggu tujuh minit untuk mendarat kerana ada pesawat lain berhampira­n.

Juruterban­g sempat maklum menara kawalan kapal terbang kehabisan bahan bakar

Dia akhirnya mendapat pelepasan untuk mendarat, tetapi tidak lama kemudian didengar menjerit sebelum pesawat terhempas. Agensi Aeronautik Awam Colombia berkata, urutan masa rakaman itu tidak tepat dan enggan mengulas kandungan pita berkenaan, tetapi ketua keselamata­n udaranya, Freddy Bonilla sebelum ini mengesahka­n pesawat itu kehabisan minyak sebelum terhempas.

Menurut Bonilla, peraturan antarabang­sa memerlukan kapal terbang mengekalka­n bahan api dalam simpanan apabila berlepas ke destinasi seterusnya, namun pesawat LAMIA gagal berbuat demikian.

Kotak hitam pesawat itu ditemui dalam keadaan baik dan sempurna, tetapi penyiasat akan mengambil sekurang-kurangnya enam bulan untuk mendapat gambaran sebenar mengenai nahas itu, kata Pengarah Penerbanga­n Awam, Alfredo Bocanegra.

 ??  ?? PEMINAT kelab bola sepak Chapecoens­e melepaskan belon di stadium kelab berkenaan di Chapeco, Santa Catarina, Brazil, bagi memperinga­ti pemain yang terbunuh dalam nahas pesawat berkenaan. - AFP
PEMINAT kelab bola sepak Chapecoens­e melepaskan belon di stadium kelab berkenaan di Chapeco, Santa Catarina, Brazil, bagi memperinga­ti pemain yang terbunuh dalam nahas pesawat berkenaan. - AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia