Harian Metro

REZEKI WARISAN

-

Mahmoud Sharkass, pembuat sabun berusia 62 tahun, memilih untuk mengikut jejak bapa, datuk, moyang dan anggota keluargany­a sebelum mereka - membuat sabun sebagai sumber rezeki. kota lama Tripoli di utara Lubnan, tempat Mahmoud meneruskan perniagaan keluargany­a dengan membuat pelbagai sabun wangi dengan tangan.

Kemahiran menghasilk­an sabun itu diturunkan dari generasi ke generasi, kata Mahmoud di kilangnya, sambil dia melakukan langkah demi langkah untuk menghasilk­an setiap buku sabun.

Sabun Sharkass adalah antara kilang sabun paling terkenal di Tripoli, bandar yang memang sejak sekian lama dikenali kerana pengeluara­n sabun.

Pembuat sabun tempatan lain yang terkenal dan masih mengeluark­an sabun hingga ke hari ini ialah syarikat Bader Hassoun & Sons.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia