Harian Metro

HARAP SIC TERUS ANJUR F1

- Saiful Affendy Sapran saifulaffe­ndy@hmetro.com.my

Juara Formula Satu (F1) dunia Nico Rosberg berharap 2018 bukanlah tahun terakhir penganjura­n perlumbaan berprestij itu di Litar Antarabang­sa Sepang (SIC).

Sebaliknya Rosberg yang masih meraikan kejayaanny­a itu bersama pasukan Mercedes AMG PETRONAS berkata, dia sendiri berharap Sepang akan terus berada dalam kalendar F1 untuk

„ Rosberg akui Litar Sepang antara yang terbaik di dunia

(gambar)

tahun-tahun seterusnya.

“Untuk ketika ini, kita harungi dulu baki dua perlumbaan yang masih akan berlangsun­g di Sepang.

“Malaysia cukup bermakna untuk kami kerana ia salah satu daripada perlumbaan di tempat sendiri.

“Daripada apa yang saya lihat, negara anda menggemari sukan ini. Banyak penonton hadir memberi sokongan ketika berlangsun­gnya perlumbaan.

“Anda juga mempunyai litar (SIC) antara terbaik di dunia,” katanya ketika sidang media bersama media tempatan, baru-baru ini.

Jelas Rosberg, dia percaya saingan F1 sudah memberi banyak kejayaan kepada Malaysia.

“Saya rasa ia dapat menarik minat dunia untuk mengenali negara anda termasukla­h dalam konteks perniagaan dan sebagainya.

“Tapi seperti saya katakan tadi, kita lalui dulu baki dua perlumbaan seterusnya dan lihat bagaimana perkembang­annya selepas itu.

“Harus diingat, kejayaan kami juga adalah kejayaan anda,” katanya merujuk kepada komitmen syarikat tempatan PETRONAS yang kekal menjadi penaja utama bagi pasukan yang meraih kejuaraan pengeluar dan pemandu buat kali ketiga berturut-turut itu.

Menteri Pelanconga­n Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz menerusi laporan sebelum ini berkata, 2018 adalah tahun terakhir penganjura­n F1 di Malaysia dan ia tidak akan disambung.

Antara alasan utama ialah kos untuk menganjurk­an perlumbaan itu terlalu mahal selain jumlah kehadiran penonton semakin merosot sejak beberapa tahun lalu.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia