Harian Metro

Mudah atasi Austria

- Aida Adilah Mat aida_adilah@hmetro.com.my

„ Skuad skuasy negara jumpa Hong Kong di suku akhir

Pasukan negara diketuai Datuk Nicol David melangkah penuh bergaya ke suku akhir Kejohanan Berpasukan Wanita Dunia di Paris tanpa perlu bermandi peluh.

Ketiga-tiga pemain negara beraksi kurang sejam secara keseluruha­n untuk menewaskan pasukan kerdil Austria 3-0.

Beraksi mengikut peraturan 2-1-3 berdasarka­n ranking pemain, mata pertama negara dihadiahka­n Delia Arnorld yang menewaskan Sabrina Rehman 11-3, 11-3, 11-8 dalam tempoh 21 minit.

Manakala Nicol yang kini menghuni ranking keenam dunia, kedudukan terendah dalam tempoh 12 tahun sejak 2004, hanya memerlukan 17 minit untuk meraih mata kedua menundukka­n Sandra Polak 11-3, 11-2, 11-1.

Rachel Arnold yang membuat penampilan pertama di kejohanan itu menggantik­an tempat S Sivasangar­i sebagai pemain ketiga negara mengatasi Judith van der Merve 11-7, 11-3, 11-6 dalam 19 minit.

“Saya berdepan perlawanan mudah kali ini berbanding dua perlawanan sebelum ini dengan Nicol juga berdepan situasi sama.

“Namun adik saya Rachel sedikit gementar di awal perlawanan namun kembali mendapat rentak di pertengaha­n set pertama dan kemudianny­a terus cemerlang meraih mata kemenangan.

“Ia satu permulaan yang baik buat Rachel,” kata Delia.

Kemenangan itu menyaksika­n Malaysia menamatkan saingan sebagai juara Kumpulan C dan akan menentang Hong Kong pada aksi suku akhir selepas pasukan pilihan keempat itu dikejutkan tuan rumah Perancis 1-2.

 ??  ?? MENG Yean (depan) dan Mei Kuan atasi beregu Indonesia.
MENG Yean (depan) dan Mei Kuan atasi beregu Indonesia.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia