Harian Metro

Kejutan Mei Kuan, Meng Yean

- Ferzalfie Fauzi ferzalfie@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Kejutan terus dilakar pemain negara pada Terbuka Macau dan kali ini giliran beregu wanita, Chow Mei Kuan-Lee Meng Yean menundukka­n pilihan ketiga, Della Destiara Haris-Rosyita Eka Putri Sari dari Indonesia pada pusingan kedua semalam.

Mereka mengambil masa satu jam 10 minit sebelum menang 12-21, 21-18, 21-19 seterusnya mara ke suku akhir hari ini berdepan Hsu Ya Ching-Wi Ti Jung dari Taiwan.

“Hari ini (semalam) perlawanan memang amat sukar, jadi kami sudah bersedia dari awal untuk memberi tentangan sengit. Pada set pertama kami akui tersilap taktikal namun di set kedua kami berjaya menggunaka­n strategi yang betul seterusnya meraih banyak mata,” kata Meng Yean.

Jelasnya, dia berasa amat bernasib baik pada set kedua dan ketiga, kerana pasangan lawan mendahului mereka sebelum itu, tetapi berbekalka­n semangat juang tinggi mereka berjaya mengejar seterusnya meraih kemenangan.

Turut mara ke suku akhir perseorang­an wanita Goh Jin Wei yang memperoleh kemenangan percuma ke atas Rusydina Antardayu Riodingin (Indonesia) yang menarik diri ketika ketinggala­n 10-21, 1-11.

Pemain profesiona­l Chong Wei Feng juga menempah slot ke suku akhir apabila mengalahka­n Anthony Sinisuka Ginting dari Indonesia 21-17, 19-21, 21-18 namun perjalanan Liew Daren tersekat apabila tumpas 13-21, 21-17, 15-21 kepada Muhammad Bayu Pangisthu (Indonesia).

Pasangan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing turut cemerlang apabila mengalahka­n Ho Wai Lun-Yuen Sin Ying dari Hong Kong 21-16, 27-25 dan pilihan ketiga kejohanan itu akan berdepan Alfian Eko Prasetya-Annisa Saufika dari Indonesia hari ini.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia