Harian Metro

Gigih dalam hujan MPJBT sasar 50 terbaik

- Norazimah Narudin sukan@hmetro.com.my

„ Persiapan HMMTB siap 80 peratus, pelumba boleh mula daftar jam 3 petang hari ini

Harian Metro sudah bersedia menyambut seramai 1,500 pengayuh basikal yang akan berentap dalam cabaran Kejohanan Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), esok.

Pengarah Kejohanan HMMTB yang juga Pengarang Bersekutu Rencana HM Husain Jahit berkata, walaupun cuaca hujan, namun persiapan penganjura­nnya berjalan lancar merangkumi pelbagai aspek dan kini siap 80 peratus.

“Persiapan sudah siap 80 peratus dan dilihat lancar merangkumi pemasangan pelbagai struktur di tapak kejohanan dan trek sepanjang 35 kilometer sudah di peringkat akhir.

“Walaupun hujan, kami sudah menyiapkan persediaan terakhir selama dua hari ini dan kita sudah membuat pemasangan ‘Street Bunting’, tanda ‘track’, kanopi dan garisan mula serta penamat,” katanya semalam.

Katanya peserta yang sudah mendaftar diminta terus datang ke pusat pendaftara­n di tapak kejohanan iaitu di Padang Kawad UTM bermula jam 3 petang hari ini.

Sementara itu, Anis Nadhirah, 20-an juga turut merasa debaran dan teruja menunggu hari kejohanan HMMTB yang turut memberi kepuasan kepada penonton yang meminati sukan berbasikal lasak.

“Sejujurnya setiap kali perlumbaan seperti ini, saya sebagai penonton akan lebih teruja dan akan bersorak serta menyokong semua peserta yang bertanding walaupun tidak mengenali mereka.

“Lebih-lebih lagi tatkala melihat kepuasan di wajah peserta yang tiba di garisan penamat, sekali gus memberi impak positif kepada penonton,” katanya yang bekerja di sektor swasta di bandar raya ini.

Menurutnya, sebagai peminat sukan dan orang yang bersukan, sudah pasti rasa ikhlas untuk menyokong pasukan ada pada diri peminat sukan itu. Johor Bahru: MPJBT Cycling Team mewakili Majlis Perbandara­n Johor Bahru Tengah (MPJBT) menyasarka­n kedudukan 50 terbaik pada Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) Grand Prix di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, esok.

Pengurus merangkap pelumba pasukan Mohd Salleh Yahman berkata, meskipun tiada sandaran tertinggi diletakkan, penyertaan kali ini diharap dapat memperbaik­i rekod pelumba dalam sirkit terdahulu yang menduduki tangga 100 ke atas dalam kategori master.

Beliau berkata, latihan pada setiap Sabtu sejak sebulan lalu dilakukan untuk memperbaik­i dan menjaga stamina 12 pelumba termasuk menjalani latihan renangan di Kompleks Renang Taman Ungku Tun Aminah (TUTA) Skudai jika kelapangan.

“Kami mendapat sokongan pihak pentadbira­n dan

Pendapatny­a dikongsi Hadi Asanawi, 24, apabila mengakui kali pertama dia menyaksika­n perlumbaan dan berharap ia akan memberi kepuasan kepada penonton yang hadir.

“Ini kali pertama saya ingin menyaksika­n acara HMMTB ini secara langsung, sebelum ini hanya membaca menerusi akhbar HM saja, perasaan saya amat teruja,” katanya yang berasal dari Kuala Lumpur. bersyukur kerana aktiviti yang menyihatka­n ini bukan saja menyeronok­kan malah mengeratka­n silaturahi­m sesama pelumba selain dapat berkenalan dengan rakan baru.

“Pelumba terdiri daripada kakitangan MPJBT sendiri yang gembira kerana pasukan ini wujud sejak 2008 dan sejak itu aktif menyertai mana-mana pertanding­an berbasikal di sekitar negeri ini,” katanya.

Beliau berkata, pembabitan dalam HMMTB kali ini amat dinantikan kerana ibarat menjadi pesta mengumpulk­an ramai pelumba amatur mahupun profesiona­l atas semangat kesukanan yang tinggi.

“Acara dianjurkan Harian Metro membantu masyarakat untuk mengamalka­n gaya hidup sihat dengan sukan berbasikal dan sewajarnya kesempatan ini direbut untuk menjadi masyarakat yang sihat dan cergas,” katanya.

 ??  ?? KETUA Pegawai Operasi Automotive Corporatio­n (Malaysia) Sdn Bhd (ACM), Mohamad Radzi Omar (dua dari kiri) bersalam dengan Husain sambil disaksikan Ketua Bahagian Operasi Jualan ACM, Saifol Adly Mahmood (kiri) sebagai tanda penyerahan dua buah kereta...
KETUA Pegawai Operasi Automotive Corporatio­n (Malaysia) Sdn Bhd (ACM), Mohamad Radzi Omar (dua dari kiri) bersalam dengan Husain sambil disaksikan Ketua Bahagian Operasi Jualan ACM, Saifol Adly Mahmood (kiri) sebagai tanda penyerahan dua buah kereta...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia