Harian Metro

Zahin sandaran MASKOM Cycling Team

- Mohamad Fahd Rahmat fahd@hmetro.com.my

Johor Bahru: Ayam tambatan Muhamad Zahin Wahi, 18, menjadi sandaran MASKOM Cycling Team dari Kolej Komuniti Kuala Langat untuk mempertaha­nkan gelaran juara kategori junior selepas memenangin­ya pada sirkit Harian Metro Mountain Bike (HMMTB) di Port Dickson bulan lalu.

Pegawai Belia dan Sukan kolej merangkap pengurus pasukan Mohd Saibie Ibrahim berkata, Zahin beraksi atas tiket pasukan Temasya Cycling Team, Banting Selangor pada edisi lalu, namun pihaknya yakin rentak kayuhan cemerlang akan diteruskan pelumba itu pada saingan kali ini.

“Kami mempunyai tujuh penyertaan dengan empat daripadany­a beraksi dalam kategori junior dan selebihnya bersaing dalam kategori master.

“Harapan besar pasukan sudah tentu terletak di bahu penyandang juara, Zahin yang juga pelajar Tahun Satu Sijil Pemasangan Elektrik dan kami tidak sabar untuk beraksi,” katanya ketika dihubungi semalam.

Beliau berkata, persiapan rapi sudah dilakukan sejak tamat saingan sirkit lalu dan pelumba menjalani latihan intensif kayuhan basikal setiap hari selama satu setengah jam.

Katanya, kayuhan itu membabitka­n jarak sejauh 30 kilometer termasuk kawasan mendaki di Bukit Jugra yang memberi keyakinan mereka bersedia dari mental dan fizikal untuk bersaing dalam HMMTB kali ini.

“Kami yakin mampu memberikan saingan terbaik kepada peserta lain dan setakat ini disebabkan tidak melihat lagi gerangan pesaing, kami yakin sekurang-kurangnya Zahin mempertaha­nkan gelaran juara.

“Jarak sejauh lebih 35km di gelanggang pertanding­an di Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dianggap sebagai cabaran yang boleh diatasi,” katanya yang menambah pasukannya menyertai acara lain di Bukit Fraser sehari selepas pertanding­an.

 ??  ?? ZAHIN (kiri) menjadi sandaran pasukan MASKOM Cycling Team untuk mempertaha­nkan gelaran juara kategori Junior.
ZAHIN (kiri) menjadi sandaran pasukan MASKOM Cycling Team untuk mempertaha­nkan gelaran juara kategori Junior.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia