Harian Metro

JRH sahut seruan TMJ

- Ahmad Faidi sukan@hmetro.com.my

„ Menang enam perlawanan tanpa bolos, mara ke suku akhir Liga Bangsa Johor

Biarpun baru ditubuhkan Mac lalu, JRH Diamond Football Club sudah mengukir nama selaku pasukan digeruni dan dihormati lawan apabila mara ke suku akhir Liga Bangsa Johor 2016 berdepan HWFC, hujung minggu ini.

Sekalipun masih hijau, kelab itu yang diperkuatk­an bekas pemain Johor Darul Ta’zim II Shamsol Hadi mempamerka­n persembaha­n konsisten apabila menang semua enam perlawanan tanpa dibolosi dalam saingan disertai semua pasukan seluruh Johor.

Malah agak menarik apabila kelab yang berpangkal­an di Pasir Gudang itu diterajui seorang wanita yang amat meminati bola sepak.

Jariah Dani seorang ahli perniagaan berjaya terpanggil untuk menyahut seruan dan harapan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim untuk memperkaya­kan bola sepak negeri itu.

“Saya memang meminati bola sepak dan sentiasa mengikuti perlawanan Liga M membabitka­n Johor DT dan

(gambar),

Johor DT 11. Sebagai anak Johor, saya rasa bertanggun­gjawab untuk sama-sama merealisas­ikan impian Tunku Ismail menjadikan Johor sebagai gergasi bola sepak bukan saja dalam Liga M tapi juga Asia.

“Malah saya bangga nama Johor DT kini dikenali bukan saja di Asia malah di Eropah hasil inisiatif Tunku Ismail menjalinka­n kerjasama dengan kelab gergasi Jerman, Borussia Dortmund,” katanya.

Kerana faktor itu Jariah, 46, bertekad mengasaska­n kelab JRH Diamond untuk sama-sama membantu menggilap serta mengetenga­hkan bakat anak muda Johor selain memeriahka­n perkembang­an bola sepak negeri.

“Biarpun bola sepak dipimpin orang lelaki, saya percaya wanita juga boleh jika memiliki minat, semangat dan keinginan. Saya yakin saya boleh melakukann­ya.

“Menjadi harapan saya satu hari nanti ada pemain dari kelab ini dapat menyarung jersi Johor DT seterusnya berjaya mewakili negara di peringkat antarabang­sa,” katanya.

 ??  ?? SKUAD JRH Diamond Football Club berazam sertai Liga Bola Sepak Johor.
SKUAD JRH Diamond Football Club berazam sertai Liga Bola Sepak Johor.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia