Harian Metro

Lanchang United jagoan B-12

- Mohd Badlishah Mohd Ali badlishah@hmetro.com.my

Petaling Jaya: Aksi bertenaga sepanjang kejohanan membantu Lanchang United dari Pahang muncul juara selepas menewaskan Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara 2-1 pada aksi final Karnival Samba Bola Perpaduan SportsUnit­e B-12 Piala Tan Sri Mustapha Kamal di Pusat Sukan NPNG di Damansara Damai,

baru-baru ini.

Pada aksi penentuan tempat ketiga dimenangi oleh Pasti United dari Bangi selepas menewaskan KBS B dari Subang menerusi penentuan penalti.

Tuah turut memihak Lanchang United apabila pemainnya, Muhamad Hadif Hakimi dianugerah pemain terbaik keseluruha­n manakala Ahmad Azeem Izhar diumum penjaga gol terbaik. Che Adam Danial dari Pasti United dinobat penjaring terbanyak dan Tengku Nuqman Faris dari SK Bukit Damansara (pemain terbaik final).

Karnival itu kali ketiga dianjurkan Kelab Sukan SportsUnit­e dan Pusat Sukan

NPNG.

Karnival itu turat mendapat sokongan padu MILO, minuman isotonik Revive dan peralatan sukan jenama Figos. Menariknya semua pemain menerima baju-T MILO percuma manakala setiap pasukan menerima bola Figos.

Sambutan program tahun ini meningkat berbanding tahun lalu iaitu 29 penyertaan, meningkat lima berbanding tahun lalu hanya 24 pasukan.

Demi memperkasa nilai perpaduan penganjur berjaya dengan misi mereka apabila keseluruha­n pasukan bertanding mengikut syarat dengan menyenarai­kan dua pemain berlainan kaum.

 ??  ?? SEBAHAGIAN pemenang ceria pada kemuncak program di Damansara Damai.
SEBAHAGIAN pemenang ceria pada kemuncak program di Damansara Damai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia