Harian Metro

WOODS BELUM HILANG TARING

- AFP

Tiger Woods membenam dua eagle ketika aksi pro-am semalam untuk mencatat dua bawah par 70 sekali gus menandakan dia sudah sedia untuk kembali mencabar pada kejohanan Cabaran Dunia Hero.

“Saya rasa sungguh seronok kali ini,” kata Woods selepas bermain bersama lima pemain amatur. “Saya menumpukan perhatian terhadap aksi 12 lubang pertama. Selepas itu semuanya berjalan dengan baik.”

Bekas pemain nombor satu dunia itu yang tidak beraksi sejak Ogos 2015 selepas menjalani pembedahan belakang, menamatkan tempoh rehat paling lama dalam kariernya dengan menyertai acara jemputan 18 pemain di Kelab Golf Albany di Bahamas ketika enam daripada 10 pemain terbaik dunia akan turut bermain.

“Saya akan terus menumpukan perhatian,” kata Woods. “Saya akan bersedia.”

Woods yang kini menduduki tangga ke-898 ranking dunia gara-gara tidak beraksi selama 466 hari, membenam eagle dari jarak 15 kaki di lubang ketiga par-5 sebelum memberitah­u rakan sepasukann­ya: “Saya sudah membantu pasukan kita.”

Namun kecemerlan­gannya tidak terhenti setakat itu. Woods membenam satu lagi eagle dari jarak 12 kaki di lubang kesembilan par-5 sebelum mempamer aksi cukup membanggak­an dengan mencatat par di semua baki permainan.

“Saya rasa sudah sedia untuk bermain,” kata Woods. “Saya sudah boleh membuat apa saja pukulan yang saya mahukan.”

Dengan tiupan angin tidak menentu menjadi halangan utama di lapangan seluas 7,303 ela yang direka Ernie Els itu, satu-satunya masalah yang dihadapi Woods pada pertanding­an pembuka tirai itu ialah dengan

„ Bintang AS pamer aksi cemerlang kejohanan pro-am

tidak mengenakan kaca mata hitam.

“Mungkin saya membuat kesilapan paling bodoh dengan tidak mengenakan kaca mata hitam,” katanya. “Saya sudah mula diserang sakit kepala disebabkan panas. Saya akan jadikan ini sebagai pengajaran. Esok saya akan pastikan kaca mata hitam ada di sisi.”

Woods yang akan menyambut ulang tahun ke-41 bulan depan berkata, dia perlu lebih menajamkan pukulan putt.

“Kelajuan pukulan saya tidak sekata,” katanya. “Sebahagian besar pukulan saya tidak sampai. Saya akan perbaiki petang ini.”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia