Harian Metro

‘Inilah yang saya mahu’

- AFP

„ Mourinho puji aksi cemerlang pemain di gelanggang sendiri

Pengurus Manchester United Jose Mourinho memuji persembaha­n pemainnya selepas mereka mengatasi West Ham 4-1 untuk melangkah ke separuh akhir Piala Liga bertemu Hull City.

United sedikit bergelut di Liga Perdana apabila sekadar seri empat kali di tempat sendiri dan ia menyumbang kepada permulaan paling buruk sepanjang terbabit dengan liga utama sejak 1989.

Namun, mereka mempamer aksi membanggak­an ketika menentang West Ham di Old Trafford awal pagi semalam dengan Zlatan Ibrahimovi­c dan Anthony Martial masing-masing menyumbang dua gol.

“Saya gembira dengan jaringan itu. Persembaha­n yang kami pamerkan ini sudah biasa kami lakukan,” kata Mourinho.

“Kami sering bermain baik di tempat sendiri dan hari ini ia tidak berbeza.

“Selepas gol itu (penyamaan West Ham), kami agak tenggelam dan pemain kami tidak dapat menyembuny­ikan rasa kecewa kerana West Ham beroleh gol pada percubaan pertama mereka.

“Tapi, di babak kedua, pemain kami mula mendapat keyakinan dan mereka bermain untuk menang secara lebih selesa serta menyerang dengan sempurna. Itulah yang digemari penyokong. Bagaimanap­un, kami perlukan keputusan positif.”

Mourinho tidak berada di tepi padang kerana menjalani hukuman penggantun­gan satu perlawanan gara-gara menendang botol air ketika pasukannya seri 1-1 dengan West Ham pada saingan liga, Ahad lalu.

Mourinho tidak berada di tempat duduk pengarah kelab dan ketika ditanya sama ada beliau ada menyaksika­n perlawanan itu, beliau hanya menjawab:

“Rahsia.”

 ?? Jose Mourinho ?? IBRAHIMOVI­C (kiri) ledak dua jaringan buat Red Devils.
Saya gembira dengan jaringan itu. Persembaha­n yang kami pamerkan ini sudah biasa kami lakukan. Kami sering bermain baik di tempat sendiri dan hari ini ia tidak
berbeza”
Jose Mourinho IBRAHIMOVI­C (kiri) ledak dua jaringan buat Red Devils. Saya gembira dengan jaringan itu. Persembaha­n yang kami pamerkan ini sudah biasa kami lakukan. Kami sering bermain baik di tempat sendiri dan hari ini ia tidak berbeza”
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia