Harian Metro

Southgate kemudi England

-

London: Gareth Southgate menerima tanggungja­wab untuk menamatkan kemarau kejayaan England di peringkat antarabang­sa selepas beliau bersetuju untuk menjadi pengurus skuad kebangsaan menerusi kontrak selama empat tahun, kelmarin.

Bekas pertahanan England berusia 46 tahun itu menjadi pengurus sementara sejak Sam Allardyce meletakkan jawatannya selepas 67 hari bergelar pengendali The Three Lions, September lalu.

Southgate yang pernah mewakili Crystal Palace, Aston Villa dan Middlesbro­ugh, berjaya meyakinkan FA Inggeris selepas mencapai kejayaan sepanjang empat perlawanan sebelum ini dan namanya disebut-sebut untuk memegang jawatan berkenaan.

“Saya bangga apabila dilantik sebagai pengurus England. Bagaimanap­un, saya juga perlu berhati-hati kerana saya perlu memastikan dapat menjalanka­n tugas dengan sebaik mungkin,” kata Southgate dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n FA Inggeris selepas mesyuarat lembaga pengarah di ibu pejabat badan induk itu di St George’s Park.

“Saya gembira bekerjasam­a dengan pemain sepanjang empat perlawanan lalu dan saya rasa mereka mempunyai potensi besar.

“Bagi saya, usaha keras perlu bermula serta-merta. Ada usaha yang perlu kami titik beratkan bagi memberikan kami peluang untuk mencipta kejayaan pada masa depan.” - Reuters

 ??  ?? SOUTHGATE (tengah) bimbing England dengan kontrak 4 tahun.
SOUTHGATE (tengah) bimbing England dengan kontrak 4 tahun.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia