Harian Metro

Enzo tunjuk taring

- AFP

Anak jurulatih Real Madrid Zinedine Zidane, Enzo menjaringk­an gol pada penampilan sulungnya ketika membantu kelab juara Eropah itu membelasah Cultural Leonesa 6-1 sekali gus mara ke kelompok 16 pasukan terakhir Piala Raja Sepanyol menerusi agregat 13-2.

Pada perlawanan lain, Barcelona masih perlu membuktika­n keunggulan mereka sebelum layak ke pusingan seterusnya apabila sekadar seri 1-1 dengan Hercules pada perlawanan pertama.

Enzo, anak sulung daripada empat anak lelaki Zidane yang semuanya bermain di tahap berlainan bersama skuad remaja Real, dimasukkan bapanya itu pada babak kedua.

Pemain berusia 21 tahun itu yang pernah dibimbing Zidane di Castilla sebelum beliau mengambil alih jawatan di Santiago Bernabeu, membuktika­n bapanya tidak tersilap pilih apabila menjaringk­an gol menerusi rembatan leret dari luar kotak penalti.

“Jika selaku jurulatih saya sudah boleh berbangga dengannya, sudah pasti saya juga merasakan sebegitu apatah lagi saya ini bapanya,” kata Zidane.

“Tapi saya bercakap selepas melihat aksinya di padang dan saya gembira dengan persembaha­n semua pemain.”

Ketika saingan itu sudah boleh dianggap berakhir berikutan kemenangan besar 7-1 Real ke atas lawan sama pada perlawanan pertama dan saingan El Clasico akan berlangsun­g awal pagi Ahad ini, Zidane membuat sembilan pertukaran terhadap pasukan yang menang 2-1 ke atas Sporting Gijon minggu lalu.

Bintang Norway Martin Odegaard, 17, turut diberi peluang bermain sepenuh masa tetapi pemain kebangsaan Republik Dominica Mariano Diaz lebih dulu mencuri tumpuan dengan menjaringk­an gol pertama ketika permainan baru 23 saat.

James Rodriguez menanduk masuk gol kedua tuan rumah sebelum Mariano menjaringk­an gol ketiga tetapi Leonesa merapatkan kedudukan menerusi

Yeray Gonzalez pada hujung babak pertama.

Enzo diberi peluang masuk tetapi dia memastikan tidak timbul isu pilih kasih dengan menjaringk­an gol keempat pasukannya.

Mariano melengkap hatrik ketika permainan berbaki dua minit sebelum jaringan sendiri Cesar Morgado menjadikan kedudukan 6-l.

Barcelona turut menurunkan skuad kedua menjelang aksi Clasico tetapi tindakan itu dihukum Hercules.

David Mainz menjaringk­an gol pada babak kedua namun pemain yang diburu Manchester United Carles Alena memastikan kelibatnya turut dicemburui apabila menyamakan kedudukan sekali gus menyelamat­kan maruah Barca.

„ Anak Zidane ledak gol ketika membelasah Leonesa

 ??  ??
 ??  ?? ENZO (kanan) meraikan gol jaringanny­a.
ENZO (kanan) meraikan gol jaringanny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia