Harian Metro

Harimau Selatan uji taring di Thailand

- Rizar Mohd Noor rizar@hmetro.com.my

Johor Bahru: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) akan membuat persiapan pramusim dengan mengadakan aksi persahabat­an di Thailand bulan ini dan terpaksa melupakan hasrat untuk ke Eropah akibat kekangan masa dan jadual padat.

Ketua jurulatih Johor DT, Mario Gomez dalam kenyataan di Facebook rasmi Johor Southern Tigers berkata, aksi persahabat­an menentang kelab Buriram United dan Chonburi di Thailand lebih relevan berbanding berkunjung ke Eropah.

“Adalah lebih sesuai membuat persiapan skuad Johor DT dengan mengadakan latihan pramusim di Thailand selepas mendapat jemputan dari Buriram United dan Chonburi dengan tanpa kos.

“Saya juga sudah memaklumka­n kepada Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengenai jemputan untuk bermain di Sepanyol dan Portugal menentang Benfica bagi aksi pramusim.

“Masalahnya adalah masa. Ia tidak sesuai dan tidak seiring dengan jadual yang saya rancangkan untuk pasukan dan kami amat berbesar hati dijemput ke Eropah.

“Pada masa akan datang, kami akan mencari jalan untuk memastikan ia boleh dijayakan. Satu lagi sebab ia jatuh pada musim perayaan iaitu Krismas dan agak sukar untuk mendapat perlawanan yang berkualiti kerana kebanyakan pasukan di Eropah berehat,” ujarnya.

 ??  ?? ELAVARASAN
ELAVARASAN
 ?? Mario Gomez ?? Masalahnya adalah masa. Ia tidak sesuai dan tidak seiring dengan jadual”
Mario Gomez Masalahnya adalah masa. Ia tidak sesuai dan tidak seiring dengan jadual”

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia