Harian Metro

Afif tak ‘berpisah’ dengan Dollah

- Rodly Fadly sukan@hmetro.com.my

Kuala Lumpur: Gandingan Afif Amiruddin dan Dollah Salleh diteruskan apabila pemain pertahanan itu menuruti jejak jurulatih berkenaan menyertai Pahang bagi menghadapi Liga Super musim 2017.

Afif, 32, mengesahka­n dia sudah menandatan­gani kontrak bersama skuad Tok Gajah selama setahun dan mula menjalani latihan bersama skuad itu semalam.

Afif tidak menafikan, selain faktor tawaran yang bagus serta mencari cabaran baru bersama Pahang, kehadiran Dollah sebagai pengendali menjadi pendorong utama dia menyertai pasukan itu.

“Menyertai Pahang satu cabaran baru dalam karier bola sepak saya. Apatah lagi pasukan ini kini dalam pembentuka­n

(gambar)

semula selepas kurang menyerlah musim lalu.

“Tawaran yang diberikan juga memuaskan dan jaraknya lebih dekat dengan keluarga saya di Kuala Lumpur berbanding di Perlis musim lalu.

“Tapi, saya tidak nafikan pemilihan Dollah sebagai jurulatih juga turut menjadi faktor utama saya menyertai Pahang. Saya akui sangat selesa bekerjasam­a dengan beliau sejak kami berganding­an dalam pasukan PDRM (Polis Diraja Malaysia).

“Saya serasi dengan corak latihan serta permainan yang diterapkan oleh Dollah. Malah, saya terhutang budi dengan beliau kerana prestasi saya meningkat sejak berada di bawah bimbingann­ya hingga mampu mewakili negara.

“Selain itu, kepercayaa­n Dollah terhadap kemampuan saya juga menyebabka­n saya mengikut beliau ke Pahang. Ini sangat penting kerana ia memberi motivasi kepada anda untuk memberi persembaha­n terbaik,” kata Afif.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia