Harian Metro

Darren belum sedia: Shebby

- Firdaus Hashim firdaushas­him@hmetro.com.my

ibu segala pingat.

Berdasarka­n prestasi semasa pencabar lain khususnya Myanmar yang berjaya menumbangk­an skuad Harimau Malaysia dalam aksi terakhir kumpulan B Piala AFF Sabtu lalu selain kejayaan melangkah ke pusingan akhir Piala Dunia Remaja secara merit tahun lalu, ia setidak-tidaknya menimbulka­n persoalan adakah mampu anak buah Bernhardt mencapai misi mustahil itu.

“Tidak dinafikan kita akan mendapat tentangan sengit semua pasukan namun saya rasakan ia bukanlah perkara yang negatif memandangk­an kita turut membuat persiapan yang rapi untuk temasya itu tahun depan.

“Jika kita dapat bekerjasam­a dengan baik dan bermain sebagai satu pasukan, tidak mustahil keputusan positif dapat dilakar tambahan pula kita ada kelebihan kerana beraksi di laman sendiri,” katanya ketika ditemui di Institut Sukan Negara (ISN), Bukit Jalil, semalam.

Skuad projek atau juga dikenali dengan pasukan Bawah 22 tahun (B-22) negara kembali menjalani latihan pusat dengan hari pertama menyaksika­n semua pemain menjalani ujian kecergasan di ISN bagi memastikan mereka berada pada tahap yang terbaik untuk memulakan latihan. Kuala Lumpur: Pengkritik bola sepak tempatan Serbegeth Singh mempertika­ikan sikap beberapa ejen bola sepak yang didakwanya tidak ikhlas dalam membantu pasukan yang beraksi dalam Liga Malaysia (Liga-M).

Sebaliknya, beliau mendakwa segelintir ejen yang membawa pemain import untuk diuji sekadar mahu mengaut keuntungan hingga sanggup mengabaika­n soal kualiti yang harus ada pada seseorang pemain import itu.

Jelasnya, kepincanga­n itu dapat dilihat pada penyerang kacukan Harimau Malaysia, Darren Lok yang disifatkan­nya belum bersedia untuk mewakili negara apatah lagi pemain naturalisa­si itu hanya sempat beraksi bersama skuad Johor Darul Ta’zim II (Johor DT II) cuma sekali itupun dalam tempoh 45 minit sahaja.

“Saya sedar pasukan negara turut mengharapk­an impak ‘mi segera’ daripada sentuhan pemain naturalisa­si seperti yang dilakukan Singapura, Filipina dan Jepun. Jalan pintas ini memang mampu membawa perubahan kepada bola sepak kita terutamany­a buat pasukan Harimau Malaysia.

“Ingin saya jelaskan ejen yang bertindak membawa pemain dari luar negara ketika ini memiliki ilmu yang cetek. Ia memang keputusan akhir di tangan jurulatih negara (Datuk Ong Kim Swee) dalam menentukan senarai pemainnya.

“Namun jika ejen ini tidak mengaburi mata jurulatih negara dengan membawa masuk pemain naturalisa­si yang tidak berkualiti, saya kira tentu pemain tempatan akan terpilih berbanding memberi peluang kepada pemain luar yang cuma beraksi tidak sampai setengah jam.

“Nasihat saya kepada ejen supaya jangan pertikaika­n intelek penyokong ataupun jurulatih bola sepak negara ini,” katanya kepada Arena Metro.

 ??  ?? BERNHARDT (tiga dari kiri) akur isu boikot.
BERNHARDT (tiga dari kiri) akur isu boikot.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia