Harian Metro

TIADA KAITAN ILMU HITAM

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

Seminggu sebelum namanya diumumkan sebagai salah seorang peserta yang mara ke peringkat akhir program Gegar Vaganza 3 (GV3), Zarul Umbrella diserang sakit di

bahagian perut. Dalam pada itu, pentas GV3 turut digemparka­n dengan khabar angin kononnya apa yang berlaku

kepadanya itu ada kaitan dengan sihir. Meskipun percaya dengan kewujudan dunia mistik, Zarul tidak mahu terlalu memikirkan perkara itu. “Sebagai manusia dan seorang

Muslim, tentunya kita mempercaya­i kuasa ghaib itu wujud, namun tidak boleh terlalu taasub dengannya. “Apabila sakit beberapa minggu lalu, saya merujuk pakar perubatan.

“Ia hanyalah sekadar angin biasa yang menyerang di bahagian perut dan saya mengalami kekejangan. Jadi, tak ada kaitan langsung dengan ilmu

hitam mahupun mistik,” katanya. Bukan sedikit populariti diraih Zara Zya menerusi drama Love You Mr Arrogant (LYMA) yang ditayangka­n kepada penonton sedikit

masa lalu. Menerusi watak Zaara Amirah, pemilik nama sebenar Zainurul Razia Mohd

Zainuddin, 31, ini begitu menyerlah sehingga berjaya mengumpul ribuan peminat.

Bahkan ada dalam kalangan mereka menubuhkan Kelab Peminat Zara Zya yang bertujuan meraikanny­a bersama gandingan hero LYMA,

Azlee Khairi. Bagaimanap­un, fenomena ini sudah berakhir dek kemunculan pesaing baru yang lebih menyerlah dan mencuri

tumpuan ramai. Bagi Zara, hakikat ini diterima dengan hati terbuka

dan tidak berasakan ia masalah besar yang boleh merencatka­n perjalanan

kariernya.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia