Harian Metro

AZAM BERI LAKONAN TERBAIK

- DARI MUKA 1

Zara baru selesai bintangi 3 telefilem dengan watak berbeza

“Rasanya setiap artis ada fasa tertentu dalam kariernya. Saya dah melalui fasa disanjung peminat dan tak nafikan ia memori terindah dalam karier saya.

“Ketika itu peminat menantikan tayangan LYMA dan amat gilakan slot Akasia. Saya dan Azlee masih baru dan peminat mahu kenal siapa kami.

“Kini mereka dah tahu banyak mengenai kami jadi mereka tak beria-ia seperti dulu lagi. Bagaimanap­un, saya gembira kerana terus diterima ramai dan kemudian dapat membuktika­n bakat menerusi drama Tuan Anas Mikael pula,” katanya.

Sambungnya, meskipun sambutan terhadap Tuan Anas Mikael tidak sehebat LYMA, peminat menerima lakonannya sehingga memanggiln­ya Cik Ayu Maisarah setiap kali bertemu.

“Saya seronok kerana ia membuktika­n lakonan saya meninggalk­an kesan di hati penonton.

“Peminat saya masih ada, cuma tidak semeriah dulu. Apa yang penting saya kena terus tunjukkan lakonan terbaik agar tumpuan mereka terhadap saya tidak lari,” katanya.

Zara yang sudah 10 tahun bergelar pelakon mengakui kehadiran pelakon baru ada baik dan buruknya dalam industri seni tanah air.

“Artis baru muncul ibarat cendawan tumbuh selepas hujan menunjukka­n industri hiburan kita berkembang baik. Ada dalam kalangan mereka berkua-

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia