Harian Metro

IMBAU KENANGAN BERSAMA UPIN & IPIN

- Syanty Octavia Amry soctavia@hmetro.com.my

Siri Animasi Upin & Ipin semakin menjadi pilihan penonton terutama ibu bapa yang mahu berkongsi kisah pasangan kembar itu dengan anak mereka.

Lantaran itu, bagi mengembali­kan kenangan penonton pada awal kemunculan cerita Upin & Ipin, Les’ Copaque Production Sdn Bhd bekerjasam­a dengan

Astro menyiarkan siri itu menerusi saluran khas.

Menerusi saluran Astro First 480, siri yang diberi nama Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan itu sudah menemui penonton bermula semalam dan akan ditayangka­n sepanjang musim cuti sekolah ini.

Menariknya, pelanggan Astro dapat menyaksika­n tayangan selama 72 jam atau tiga hari dengan bayaran RM15.90. Selain tayangan kompilasi drama bersiri Upin &

Ipin, penonton juga dapat menyaksika­n program lain seperti siri animasi Pada Zaman Dahulu, DaDuDiDo dan Kembara Warisan Detektif Upin & Ipin.

Pengarah Urusan Les’ Copaque Production Burhanuddi­n Md Radzi berkata, kerjasama itu adalah langkah berani pihaknya dalam inisiatif untuk mempunyai saluran TV sendiri.

“Ini adalah program himpunan dan kompilasi siri Upin & Ipin yang kami kumpulkan sejak dulu yang dapat disaksikan penonton selama tiga hari tanpa henti. Menerusi saluran khas ini juga, penonton dapat menonton siri animasi lain juga. Lebih menarik, Kembara Warisan Detektif Upin & Ipin adalah program baru yang belum pernah kami tayangkan di mana-mana saluran TV.

“Untuk program

 ??  ?? ANTARA babak program yang bakal mengisi siri Upin & Ipin
Bersama Kawan-Kawan.
ANTARA babak program yang bakal mengisi siri Upin & Ipin Bersama Kawan-Kawan.
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia