Harian Metro

13 episod tak cukup!

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Peminat mahu Lara Oh Lara musim kedua

Bapa kepada kanakkanak popular Lara

Alana iaitu pelakon dan pengacara Awal Ashaari sentiasa memastikan anak perempuann­ya itu tidak ponteng sekolah walaupun Lara terbabit dengan penggambar­an iklan atau program.

Menurut Awal, 35, dia meletakkan syarat kepada pihak terbabit iaitu segala aktiviti perlu dilakukan pada jam 3 petang hingga 8 malamsahaj­a.

“Sejak Lara dilantik sebagai duta bagi beberapa produk bersama saya dan isteri, sedikit sebanyak dia juga terbabit dengan aktiviti yang diaturkan pihak berkenaan. Tidak dinafikan jadual Lara juga padat.

“Namun, sebagai ibu bapa kami kena bijak membahagik­an masa. Apatahlagi­Larasekara­ng sudah bersekolah.

Biarpun bukan bersekolah secara formal, saya perlu mengikut peraturan yang ditetapkan. Saya tak boleh sesuka hati saja.

“Justeru, sekiranya ada penggambar­an atau program yang memerlukan­nya hadir bersama saya menetapkan agar ia dijalankan pada jam 3 petang. Bukan apa, pada sebelah pagi

Lara wajib ke sekolah. Kemudian saya perlu memberi rehat kepadanya supayadiat­akmeragam,” katanya.

Awal yang juga pengacara Melodi berkata, dia terkejut apabila anaknya yang kini berusia dua tahun empat bulan itu berjaya mengumpul peminat dalam kalangan kanak-kanak.

Semua itu gara-gara program realiti Lara Oh Lara yang disiarkan di saluran Astro Ria sebanyak 13 episod.

“Sebelum ini kebanyakan yang meminati Lara adalah orang dewasa. Kalau perasan di Instagram banyak komen daripada mereka. Saya berterima kasih dengan segala kasih sayangmere­ka.

“Tetapi, selepas program itu saya terkejut apabila ia turut menarik minat kanak-kanak sehinggaka­n kalau berjumpa Lara di luar atau acara yang dihadiri, mereka memanggiln­ya dengan nama Lara Oh Lara.

“Jelassekal­imereka turut menonton dan bukannya golongan dewasasaja.Malah, mereka selalu berkata, 13 episod tak puas dan seboleh-bolehnya mahu melihat musim kedua,” katanya.

Menariknya, program itu turut memberi impak yang besar kepada mereka sekeluarga apabila dihujani dengan tawaran menjadi duta produk.

AWAL MAHU LEBIH KURUS

Mengenai perancanga­n untuk menyambung

Lara Oh Lara bagi musim kedua, Awal menjelaska­n dia masih berbincang dengan pihak Astro.

“Memang pihak Astro sudah merisik kami mengenai perkara ini, tapi belum ada sebarang kata putus lagi. Kalau ada pun mungkin bukan dalam tempoh terdekat. Biarlah Lara pandai bercakap dahulu, jadi ada juga pembaharua­n.

“Bukan apa sepanjang 13 episod itu semua perkara dan aktiviti sudah dilakukan. Tak tahu apa lagiyangna­kdibuat.Kalau buatperkar­asamasaja nanti penonton bosan pula. Jadi kami perlu mencari idea lain pula,” katanya.

Berkongsi mengenai dirinya pula, Awal kini sedang sibuk menjalani senaman bagi mendapatka­n berat badan ideal.

Awal mengakui sejak berkahwin dan memiliki anak, dia kurang memberi fokus kepada penjagaan badan dan pemakanan.

“Sekarang ini saya sudah berjaya turunkan tiga kilogram dalam masa sebulan. Saya menyasarka­n untuk turun lagi enam kilogram. Selepas itu saya perlu kekalkansa­ja.

“Sayataknak membina otot atau menjadi ‘sado’, sebaliknya lebih kepada kurus dan ‘fit’. Misi saya adalah nak memakai semula pekaian lama bersaiz S dan M,” katanya.

 ??  ?? Selepas program itu saya terkejut apabila ia turut menarik minat kanak-kanak sehinggaka­n kalau berjumpa Lara di luar atau acara yang dihadiri, mereka memanggiln­ya dengan nama Lara Oh Lara
Selepas program itu saya terkejut apabila ia turut menarik minat kanak-kanak sehinggaka­n kalau berjumpa Lara di luar atau acara yang dihadiri, mereka memanggiln­ya dengan nama Lara Oh Lara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia