Harian Metro

Tiada elemen suntingan

-

menggetark­an adrenalina penonton meskipun tanpa kewujudan nyata entiti. Menurut penerbitny­a,

Aeizul Reeza, ada cadangan diterimany­a untuk memasukkan elemen suntingan penambahan entiti palsu namun dia menolak.

“Sepanjang penerbitan Seekers, kami mahu sentiasa tampilkan episod yang akan meninggalk­an impak terhadap penonton. Tidak banyak kelainan yang kami boleh tampilkan kerana mahu mengekalka­n keaslian setiap pengalaman itu.

“Makanya, ada yang berpendapa­t kami sepatutnya menyuntik elemen suntingan apabila ia tidak dinafikan boleh membuatkan jadi menarik. Bagaimanap­un, saya sendiri berasa ia tidak patut kerana itu sudah tahap mereka-reka cerita.

“Penonton sekarang pun ada yang tahu mengenai suntingan, bagaimana sekiranya mereka mengesan penipuan itu? Disebabkan itu, kami kekal dengan konsep menggunaka­n ‘footage’ asli,” katanya.

Bercerita pembabitan pasukan pencari entiti itu, Aeizul mahu jadikan program itu berbeza daripada sebelum ini dengan membawa kaedah tersendiri dalam pencarian itu.

“Ramai tidak tahu sebenarnya di negara ini ada banyak pasukan pencari hantu. Jadi kami menggunaka­n kesempatan itu untuk bekerjasam­a dengan mereka dan ternyata ia sangat membantu.

“Mereka tahu banyak lokasi terbiar kerana pernah mencari entiti di sana. Sepanjang 13 episod Seekers Undergroun­d, penonton dibawa ke lokasi berbeza di seluruh negara,” katanya.

Antara lokasinya di Johor, Kedah, Kuala Lumpur, Selangor dan Kelantan apabila produksi menggunaka­n teknologi lebih bagus untuk setiap pencarian seperti termometer digital inframerah dan kamera GoPro.

Syaiful selaku ketua pasukan pencari mengakui peralatan sebegitu sangat penting untuk mereka merasai serta mengesan setiap entiti.

“Kami berharap mendapat pengalaman berbeza di setiap lokasi. Sangat sukar untuk diungkapka­n dengan katakata namun lihat saja nanti riak wajah kami pasti cukup menggambar­kan apa yang dialami,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia