Harian Metro

ADA ‘SESUATU’ DALAM INTERCHANG­E

- Najiy Jefri najiy.jefri@hmetro.com.my

Filem arahan Dain Iskandar

Said banyak bermain dengan semangat alam dan Orang Asli

Penerimaan awal filem arahan sutradara Dain Iskandar Said, Interchang­e ke pelbagai festival filem besar seluruh dunia membuktika­n ia naskhah berkualiti yang mampu memberi nafas baru industri hiburan tempatan.

Malah filem yang selesai penggambar­annya pada tahun 2015 itu memberi keterujaan dalam kalangan penganjur festival filem dan sambutanny­a juga sangat memberangs­angkan.

Bermula dengan Festival Filem Lacarno di Switzerlan­d pada 2 hingga 12 Ogos lalu, Interchang­e kemudian di bawa ke Festival FIlem Antarabang­sa Toronto untuk Tayangan Perdana Amerika Utara diikuti Festival

Filem Etrange Paris dan Festival Filem Antarabang­sa Vladivosto­k.

Malah filem yang menggabung­kan pelakon Malaysia dan Indonesia itu turut menyertai Filem Antarabang­sa BGI London dan Festival Filem Fantastic Antarabang­sa Sitges.

Ketika majlis tayangan Interchang­e berlangsun­g meriah di ibu kota barubaru ini, majoriti penonton mempamerka­n rasa teruja dan memuji jalan ceritanya yang menarik.

Menurut Dain, banyak elemen yang ditekankan sepanjang pembikinan filem ini bagi menggambar­kan sesuatu subjek.

“Menerusi filem ini saya banyak bermain dengan semangat alam dan Orang Asli. Inilah cerita yang perlu kita bawa ke luar agar orang nampak siapa kita. Sejak beberapa tahu lalu, saya sudah mengkaji budaya dan kehidupan Orang Asli.

“Saya lebih selesa menghasilk­an sesuatu yang berbeza supaya boleh bawa karya ke luar negara dan pada masa sama boleh belajar dengan pengkarya luar mengenai filem,” katanya.

Mengulas kesukaran yang dihadapi ketika menghasilk­an filem ini, Dain berkata dia perlu berdepan dua kumpulan samseng yang menjaga kawasan Chow Kit dan China Town.

“Syukur, pelakon saya semuanya profesiona­l dan dapat melakukan tugas masing-masing dengan lancar dan cepat.

“Selain itu 3D dalam filem paling sukar untuk dihasilkan,” katanya.

Filem ini mengisahka­n detektif Man dan jurufoto forensik, Adam menyiasat siri pembunuhah ritual di sebuah kota tidak bernama di Asia Tenggara.

Kes kematian yang berlaku lima bulan lalu amat mengerikan sehingga menghantui Adam. Sejak itu, Adam gemar menyendiri dan meluangkan masa mengambil gambar dari balkoni kediamanny­a.

Suatu hari, Adam merakamkan gambar wanita cantik dari Borneo yang baru sahaja berpindah ke kawasan kediaman itu. Kehidupan Adam dikeliling­i kejadian misteri, pembunuhan dan suasana huru-hara.

Tatkala Adam dibawa masuk ke dunia puak Iva, Man berjaya membongkar kes pembunuhan yang berlaku dan berdepan dengan pelbagai kejadian mistik dan amalan dulu kala yang kembali ‘hidup’.

Ditanya adakah karya garapannya itu terlalu berseni dan berat untuk penonton di negara ini, Dain berkata ada penonton luar menyifatka­n Interchage sebuah naskhah

 ??  ?? SAM (kiri) memegang karakter sebagai Ditektif
Man manakala Iedil pula sebagai jurufoto forensik.
SAM (kiri) memegang karakter sebagai Ditektif Man manakala Iedil pula sebagai jurufoto forensik.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia