Harian Metro

Buah tangan pertama Raja Mukhriz

- Nor Akmar Samudin akmar@hmetro.com.my

Selamat Malam Tan Sri kisah ahli korporat

beristeri muda secara diam-diam

Mengangkat kisah ahli perniagaan berjaya dan beristeri dua dilihat sebagai satu naskhah klise. Namun, syarikat produksi Iris Integrated percaya sutradara Raja Mukhriz Raja Ahmad Kamaruddin mampu menggarap drama adaptasi novel Selamat Malam Tan

Sri, karya Sri Diah dengan berkesan.

Raja Mukhriz sudah membuktika­n kepakaran dan kehebatann­ya sebagai pengarah sinematogr­afi dan kini bergelar pengarah filem.

Membariska­n pelakon handalan Datuk Eizlan Yusof, Marissa Yasmin,

Reen Rahim, Julia Ziegler dan Haliza Misbun, drama Selamat Malam Tan Sri akan menemui penonton di saluran RTM tahun depan.

“Ini adalah drama arahan saya yang pertama dan berharap ia dapat memenuhi jangkaan Iris Integrated.

“Memandangk­an novel ini diterbitka­n pada 2009, ada sebahagian lokasi sudah tiada kerana dirobohkan atau bertukar menjadi bangunan lain. Disebabkan itu saya perlu olah drama ini mengikut keadaan sekarang.

“Namun inti pati cerita masih sama iaitu mengisahka­n kehidupan Tan Sri Rahman Shah (lakonan Eizlan Yusof) yang beristeri muda, Netty Karmila (Julia Ziegler) tanpa diketahui isteri pertama, Puan Seri Roselina (Marissa Yasmin),” katanya.

Menurut Eizlan, dia sudah biasa membawakan watak golongan kenamaan dan ahli korporat namun tetap menerima tawaran itu kerana yakin dengan sentuhan Raja Mukhriz.

“Sekali lagi bawa watak ahli perniagaan berjaya, karakter saya tidak banyak berubah. Saya perhatikan rakan korporat dan sikap mereka pun hampir sama saja. Bagaimanap­un, apabila bekerja dengan Raja Mukhriz, seperti ada satu magis dan dia berikan saya karakter yang tidak pernah difikirkan,” katanya.

Bagaimanap­un, kata Eizlan yang kini bergelar bapa tunggal, berlakon dalam drama apa pun cabaran tetap ada.

“Dalam kehidupan sebenar, seorang isteri pun saya tiada tetapi dalam drama ini saya ada dua isteri,” katanya sambil ketawa.

Sementara itu kata Marissa, wataknya sebagai isteri yang tenang dan mempunyai seorang adik ipar, Datin Suhaila (Haliza Misbun) yang suka jadi batu api.

“Ini kali pertama saya bekerja dengan Haliza. Sebelum ini macam-macam cerita saya dengar mengenai dia.

“Selepas bekerjasam­a, tiada yang pelik bahkan Haliza sangat komited dan bekerjasam­a dengan semua orang.

“Bekerja dengan Raja Mukhriz pula adalah satu peluang yang tidak boleh dilepaskan. Di tangannya, adegan yang pada mulanya seperti biasa-biasa saja bertukar menjadi babak yang besar,” katanya.

Selamat Malam Tan Sri mengisahka­n wartawan Hanim Hanani (Reen Rahim), membongkar rahsia Tan Sri Rahman beristeri dua. Hasil laporan Hanim Hanani menyebabka­n Tan

Sri Rahman marah namun tanpa disedari dia mula menyukai wanita itu.

Skrip drama asal ditulis Ahmad Sa’abun dan panel penulis skrip Iris Integrated pula terdiri daripada Yusnita, Nasaruddin, Raja Mukhriz dan Akhbar.

 ??  ?? SESI pengambara­n salah satu babak.
SESI pengambara­n salah satu babak.
 ??  ?? BARISAN pelakon drama Selamat Malam Tan Sri.
BARISAN pelakon drama Selamat Malam Tan Sri.
 ??  ??
 ??  ?? RAJA Mukhriz
RAJA Mukhriz

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia