Harian Metro

‘Cukuplah sekali!’

- Sudirman Mohd Tahir sudirman@hmetro.com.my

Penyanyi kanak-kanak Indonesia yang popular menerusi lagu Aku Yang Dulu Bukan Yang Sekarang kini kembali dengan semangat dan harapan baru.

Tegar atau nama sebenarnya Tegar Septian, 15, yang sebelum ini mendakwa dirinya menerima gangguan seksual dan ditipu bekas pengurusny­a pada tahun lalu enggan lagi mengungkit kisah lama.

Malah, kehadiran Tegar ke Malaysia baru-baru ini bagi merakamkan lagu baru berjudul Ku Mahu Pacaran ciptaan Harry Khalifah bukti dia masih mahu menyanyi dan meneruskan impiannya.

Ia sekali gus menafikan cakap-cakap segelintir pihak yang mengatakan Tegar kembali ‘mengamen’ atau menjadi penyanyi jalanan di kampungnya di Subang, Jawa Barat, Indonesia.

“Memang betul saya pulang ke kampung dalam keadaan sehelai sepinggang dan menjual motosikal yang ada bagi membantu kewangan keluarga, tapi tidak sampai menjadi penyanyi jalanan semula. Mungkin disebabkan saya ada berjumpa kawan lama membuatkan segelintir pihak beranggapa­n sedemikian.

“Saya bukannya malu mahu mengakui perkara itu, sebaliknya ia hanyalah gosip. Kalau nak tahu, sepanjang saya menghilang iaitu lebih setahun, saya banyak menghabisk­an masa di rumah bersama keluarga.

“Saya juga bersyukur apabila masih mendapat tawaran menyanyi meskipun tidak sehebat dahulu. Bagi saya itu sudah memadai apabila dapat membantu ibu bapa dan membuat simpanan. Pendek kata saya tak pernah putus harapan,” katanya yang turut mendapat undangan menyanyi di Hong Kong.

Tegar juga berkongsi, dia banyak menghabisk­an masa dengan belajar Bahasa Inggeris.

Malah, dia yang tidak berkesempa­tan ke sekolah meluahkan keinginan untuk bersekolah dan mendapatka­n ilmu seperti kanak-kanak lain.

“Siapa yang tidak teringin belajar? Saya juga mahu menjadi manusia berilmu seperti orang lain. Pada masa sama, saya mahu belajar dalam bidang muzik.

“Jadi selama berada di rumah, saya memanfaatk­an masa itu dengan belajar Bahasa Inggeris dan mata pelajaran lain. Kalau ada peluang, saya mahu bersekolah,” katanya.

LEBIH MATANG

Menurut Tegar, insiden yang menimpanya tahun lalu menjadikan dia kini lebih matang.

Pada masa sama, Tegar menjadi lebih berhati-hati terutama apabila mengenali orang baru.

Disebabkan itu juga,

Tegar nekad membawa ibu atau ayahnya bersama walau ke mana sahaja dia pergi.

“Apa yang berlaku ke atas saya tahun lalu memberi impak besar dalam diri saya. Malah ia memberi banyak pengajaran kepada saya supaya lebih berhatihat­i selepas ini. Saya semat dalam diri untuk tidak mempercaya­i sepenuhnya orang sekeliling atau sesiapa saja yang berurusan dengan saya.

“Saya tidak mahu lagi ditipu. Cukuplah dengan apa yang menimpa saya. Memang kecewa dan kesal dibuatnya. Namun, saya tidak mahu menyimpan dendam. Sekarang saya bermula dari bawah sekali lagi. Anggaplah saya sebagai penyanyi baru,” katanya.

Ditanya adakah insiden itu mengubah kehidupann­ya yang dilihat mewah pada awal kemunculan­nya berbanding sekarang yang sedikit susah, Tegar pantas menafikan perkara itu.

“Saya tak pernah berasakan diri ‘superstar’ dan hidup dalam serba kemewahan. Dari dahulu sehingga sekarang, saya sama saja iaitu hidup serba biasa,” katanya.

Mengenai lagu Ku Mahu Pacaran, Tegar bekerjasam­a dengan syarikat rakaman FMC Music yang bertindak selaku pengedar.

Istimewany­a, single ini juga bakal dipasarkan di Indonesia dalam masa terdekat ini.

“Perbincang­an mengenai projek ini sudah berlangsun­g sejak dua bulan lalu. Apabila semuanya selesai, saya bersama pengurus dan ayah datang ke Malaysia bagi berjumpa pihak FMC.

“Sehari selepas mendengark­an lagu itu, saya terus jatuh cinta dengan muzik dan liriknya. Jadi pada keesokan harinya saya terus merakamkan lagu. Memang gementar juga kerana ini kali pertama saya menyanyika­n lagu ciptaan sepenuhnya komposer Malaysia,” katanya.

Tegar rakam

lagu baru sekali gus tepis tanggapan

kembali ‘mengamen’

di jalanan

 ?? FOTO ?? Memang betul saya pulang ke kampung sehelai sepinggang dan menjual motosikal yang ada bagi membantu kewangan keluarga, tapi tidak sampai menjadi penyanyi jalanan semula
FOTO Memang betul saya pulang ke kampung sehelai sepinggang dan menjual motosikal yang ada bagi membantu kewangan keluarga, tapi tidak sampai menjadi penyanyi jalanan semula
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia