Harian Metro

Muka cantik mulut bau arak

-

SS dah acap kali dengar berita negatif mengenai artis jelita ini, tetapi malas nak percaya. Maklumlah orang cantik dan popular, mungkin ramai yang cemburu dan sengaja mahu menabur fitnah.

Bagaimanap­un, apabila seorang rakan rapat SS sendiri menyampaik­an cerita kurang enak itu, terpaksala­h SS percaya. Katanya, dia terserempa­k dengan artis itu pada satu acara hiburan yang diadakan baru-baru ini dan kehadirann­ya memang sangat dialu-alukan kerana populariti­nya itu.

Tetapi, yang tak sedapnya, mulut artis itu berbau seolah-olah baru selesai meneguk air syaitan. Baunya sangat kuat sehingga rakan SS yang berdiri di sebelahnya hampir termuntah dibuatnya.

Namun, artis itu tetap selamba bergaul dengan artis lain tanpa ada rasa malu dan segan. Ataupun dia berasakan meneguk air syaitan itu tak berdosa dan sudah menjadi minuman hariannya.

SStaktahun­akkata apakeranak­alaunak dikira dari segi usia, dia bukannya muda lagi dan dia juga mesti dia tahu hukum meneguk air itu. Lagipun, selepas pelbagai peristiwa yang berlaku dalam hidupnya, SS ingat dia akan berubah.

SS: Marilah kita berdoa mati dalam iman.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia