Harian Metro

Selamba curi karya orang

-

Sejak dulu SS dengar pasal artis ini yang suka menipu dan memperguna­kan orang lain untuk kepentinga­n sendiri. Boleh dikatakan setiap karya yang dihasilkan bukanlah ciptaannya sendiri, tetapi mencuri hasil titik peluh orang lain.

Justeru, apabila barubaru ini berlaku isu dia mencuri karya orang lain, SS tidak hairan sebaliknya kecewa dengan sikap lepas tangannya sehingga menyusahka­n banyak pihak. Kasihan pada pihak yang bekerjasam­a dengannya kerana perlu berdepan dengan orang ramai untuk menjawab isu berkenaan sedangkan pihak itu tidak tahu apa-apa.

SS tak tahulah sama ada dia sudah menerima hukuman daripada sikapnya itu kerana menurut sumber, daripada luar artis ini nampak mewah, tetapi sebenarnya dia menanggung banyak hutang.

Sebagai peringatan, mana-mana artis yang mahu bekerjasam­a dengan artis itu, bertanyala­h kepada mereka yang pernahterk­enaatauken­al rapat dengannya supaya tidak jadi mangsa yang seterusnya.

SS: Demi kemewahan, ada yang sanggup

menipu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia