Harian Metro

Teater generasi baru

- Ridzuan Abdul Rahman mohamadrid­zuan@ hmetro.com.my

4 anak muda bawa budaya ‘cinta teater’ ke pentas melalui Projek K3

Anomalist Production yang diterajui anak muda kini semakin membina nama di gelanggang teater tempatan dan antarabang­sa. Semakin hari, mereka kian aktif berkarya untuk peminat.

Terbaru, mereka tampil dengan Projek K3 (Karya Kreatif Kita) yang dipentaska­n bermula semalam sehingga 4 Disember.

Jurucakap Anomalist Production, Nell Hanan berkata, Projek K3 adalah rantaian kompilasi teater pendek tulisan dan arahan anak muda yang berjiwa besar.

“Mereka membawa pemikiran generasi baru ke dalam karya yang diterjemah­kan di atas pentas.

“Ia juga bagi membawa teater Malaysia ke satu tahap lebih tinggi dengan mewujudkan budaya ‘cinta teater’ apabila ditonton semua golongan tanpa mengira bangsa, agama dan status ekonomi,” katanya.

Menurutnya, untuk siri pertama Projek K3, Anomalist Production akan menampilka­n empat karya asli dan baru yang setiap satunya berdurasi 20 minit.

“Empat karya ini ialah Many A Moon arahan

Khairi Anwar, Asmara Malam Halloween (Nell Hanan), Mohd Firdaus Bin Salehuddin (Zulhusni Amir) dan Immortal Masterpiec­e (Nell Hanan dan Anwar Rusdini).

“Mereka yang terbabit dalam persembaha­n empat karya ini adalah tulang belakang Anomalist Production. Semuanya mempunyai visi dan misi membudayak­an teater dalam masyarakat,” terangnya.

Khairi, 24, adalah Pengarah Urusan Anomalist Production dan sudah menghasilk­an beberapa naskhah sebelum ini seperti teater Bangsa: Anak Kecil Main Api, Hotel dan Home.

Graduan undang-undang itu bercita-cita memajukan industri hiburan tanah air dan bergelar pengarah filem satu hari nanti.

Many A Moon yang dibintangi Iskandar AlHaziq, Nave VJ dan Meng Kheng mengisahka­n seorang saintis dan ahli fizik yang cuba mencipta mesin masa pertama Malaysia.

Nell Hanan, 24, pula adalah Pengarah Kreatif Anomalist Production dan sudah membabitka­n diri dalam penulisan dan pengarahan teater sejak lima tahun lalu.

Graduan Sarjana

Muda Kewartawan­an ini dikategori­kan sebagai penulis prolifik dan sudah banyak menghasilk­an naskah genre komedi realism yang disukai ramai seperti Delivery Untuk

Ana, Rapsodi Sang Teja dan Tegar.

Dia turut terbabit sebagai penulis dan pengarah bersama teater Home dan Hotel. Asmara Malam Halloween adalah karya pertamanya yang tidak menggunaka­n watak manusia sebagai tunjang cerita dengan konsep surrealism.

Asmara Malam Halloween yang dijayakan Nabil Zakaria dan Jiamin Thong mengisahka­n orangorang­an (Gadis Scarecrow) yang diberikan nyawa untuk menjadi manusia pada malam Halloween.

Asmara Malam Halloween sudah dipentaska­n di Festival Iskarnival Sama-Sama, Johor pada November lalu dan mendapat sambutan hangat penonton.

Sebuah lagi karyanya Immortal Masterpiec­e menampilka­n pelakon

Han Zalini dan Mia Sabrina Mahadir.

Naskhah surrealism itu mengisahka­n Fikri Johari, arkitek muda tersohor tanah air yang ketandusan idea melakar rekabentuk bangunan menarik selepas diperangka­p rakan kongsinya.

Sementara itu, Zulhusni, 26, aktif di belakang tabir dan pernah menjayakan beberapa naskah seperti Skrip Untuk Ali, Bangsa dan Titus Andronicus.

Ini percubaan sulungnya sebagai penulis dan pengarah teater. Untuk percaturan pertamanya, Zulhusni cuba membawa naskah pengalaman hidup yang dilalui kebanyakan orang.

Karya yang diberi judul Mohd Firdaus Bin Salehuddin menampilka­n pelakon Shariff (Hulk) dan Izzat Amir. Ia mengisahka­n rumah sewa dihuni oleh beberapa rakan yang tiba-tiba kecoh apabila sebuah mangkuk mi segera dibiarkan dan tidak berbasuh dalam sinki.

Daus yang baru pulang dari cuti panjang selama tiga minggu berkeras mahu tahu siapa empunya angkara. Apakah cerita disebalik mangkuk itu?

Projek K3 dipentaska­n di Revolution Stage’s Studio, Damansara Utama di bawah Projek Bilik Sempit.

Tiket untuk menonton berharga RM25 untuk orang awam dan RM20 pelajar.

 ??  ?? POSTER teater ini. SESI latihan yang
dijalankan.
POSTER teater ini. SESI latihan yang dijalankan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia