Harian Metro

Ezad jaga pemakanan

-

kehidupan saya,” katanya.

Menurut Ezad, ketika dia diserang penyakit itu sekitar Jun lalu, dia rasa tertekan dan mula patah semangat.

“Ketika sakit tempoh hari, saya bercuti sebulan dan pulang ke kampung untuk berubat secara tradisiona­l. Sedikit sebanyak, saya rasa kecewa dengan diri sendiri ketika itu, sekali gus membuatkan saya patah semangat, namun perlahanla­han saya cuba motivasika­n diri dan melihat apa yang berlaku dari sudut positif,” kata Ezad.

Terbaru, malam ini,

Ezad dan Exist bakal menggegark­an pentas Pavilion Square, Singapura selama sejam jam menerusi Konsert Exist Throwback.

“Kami akan hiburkan peminat di sana dengan 13 lagu popular Exist. Alhamdulil­lah, sambutan sangat menggalakk­an. Lama saya tidak menyanyi dengan band dan tentunya saya sangat teruja untuk bertemu peminat di sana,” katanya.

Kali terakhir Exist bergabung dalam satu konsert adalah pada

Konsert Reunite yang dipersemba­hkan di Hard Rock Cafe, Melaka. Ujar Ezad lagi, dia juga menyimpan impian untuk mengadakan konsert di negara sendiri, namun belum kesampaian.

“Tentunya sebagai penyanyi tempatan, saya dan Exist mahu mengadakan konsert di tanah air sendiri. Namun, beberapa kali juga perancanga­n itu tidak menjadi, tetapi InsyaAllah, satu hari nanti, kami akan cuba realisasik­an impian itu,” katanya.

Selain Exist, pentas Konsert Exist Throwback akan turut dihangatka­n dengan persembaha­n mantap Khai Bahar.

Tidak mahu lagi menderita selepas

pulih daripada penyakit GERD

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia