Harian Metro

Jauh cantik dekat jelik

-

DARI MUKA 1

PPR diwujudkan untuk menempatka­n semula setinggan selepas kawasan kediaman itu dirobohkan untuk memberi jalan kepada pelbagai projek pembanguna­n, selain mengatasi masalah dihadapi golongan berpendapa­tan rendah lain untuk menginap di kediaman lebih selesa.

Disebabkan kekurangan tanah, semua PPR di ibu kota adalah jenis rumah pangsa yang menyediaka­n tiga bilik tidur, ruang tamu, dapur dan bilik air.

Kawasan berkenaan turut dilengkapi infrastruk­tur seperti kedai, dewan, surau, tadika, malah ada yang mempunyai Klinik 1Malaysia.

Bagaimanap­un, dalam tempoh singkat selepas PPR dihuni, kawasan perumahan itu menjadi terlalu padat dengan penduduk hingga menjejaska­n keselesaan penghuniny­a.

Masa yang diambil penulis untuk mencari tempat meletak kereta selama setengah jam menggambar­kan betapa sesaknya kawasan berkenaan dengan pelbagai kenderaan.

Memburukka­n keadaan, sesetengah penghuni meletakkan pelbagai halangan di petak meletak kereta seperti memarkir motosikal, kon atau kerusi sedangkan ruang berkenaan bukan milik persendiri­an.

Kenderaan yang ‘melimpah’ di tepi jalan turut menyebabka­n kesesakan selain segelintir penduduk meletak kereta menghalang kenderaan lain.

Sikap pentingkan diri itu pastinya melahirkan ketidakpua­san penghuni lain dan mereka tidak teragak-agak mengambil tindakan sama kerana beranggapa­n ada orang memulakann­ya terlebih

Sikap sesetengah penghuni abai kebersihan punca PPR kotor, sesak

dahulu.

Lebih mengusutka­n keadaan apabila banyak gerai dipacak sewenangwe­nangnya di sepanjang jalan utama sehingga ke penghujung penempatan blok.

Tdak dinafikan, sebahagian pemilik gerai berusaha mendapatka­n lesen perniagaan sah, namun ada yang beroperasi tanpa lesen. Sesetengah­nya pula apabila diberikan lesen perniagaan, mereka mengaut keuntungan mudah dengan menyewakan tapak gerai kepada warga asing.

Itu belum termasuk soal kebersihan. Disebabkan sistem pembuangan sampah tidak teratur, longkang yang kurang terjaga dan tidak menjaga kebersihan gerai hingga menarik kedatangan haiwan perosak seperti tikus dan lipas.

Berkunjung ke tingkat atas, pelbagai hasil ‘seni’ menghiasi pemandanga­n di dinding rumah pangsa berkenaan menyebabka­n ia kelihatan kotor dan mencacatka­n pemandanga­n.

Bak kata pepatah, ‘indah khabar dari rupa’. Kawasan ini kelihatan bersih dan indah apabila dilihat dari jalan raya tetapi sangat ‘luar biasa’ apabila berada di kawasan PPR berkenaan.

Berada di beberapa tingkat sama ada di Blok E atau Blok F, situasinya tetap sama. Sesetengah penduduk meletakkan

 ?? FOTO ?? SUASANA sekitar kawasan PPR Seri Cempaka.
FOTO SUASANA sekitar kawasan PPR Seri Cempaka.
 ??  ??
 ??  ?? ANTARA gerai yang terdapat di PPR Seri Cempaka.
ANTARA gerai yang terdapat di PPR Seri Cempaka.
 ??  ?? PENDUDUK bebas menjalanka­n perniagaan.
PENDUDUK bebas menjalanka­n perniagaan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia