Harian Metro

Gagal kikis mentaliti setinggan

-

Program Perumahan Rakyat (PPR) Seri Cempaka dan PPR sekitarnya dibangunka­n untuk memberi peluang kepada golongan berpendapa­tan rendah menghuni kediaman lebih selesa, namun ada segelintir pihak mengambil keuntungan di atas ihsan pihak berkuasa tempatan.

Pengerusi Persatuan Belia Seri Cempaka Khairil Roy Azuan Kamaruddin berkata, golongan itu memiliki rumah di flat berkenaan tetapi pada masa sama turut mendaftar nama untuk mendapatka­n rumah di PPR lain di Kerinchi atau Pantai

Dalam sedangkan peluang itu sepatutnya diberikan kepada mereka yang lebih memerlukan.

“Apabila memiliki atau menyewa dua atau lebih penempatan, tuan rumah akan menyewakan rumah atau bilik pada orang lain dengan kadar yang mahal. Padahal kediaman itu disewa daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) cuma RM124 sebulan.

“Bayangkan, mereka mendapat keuntungan mudah antara RM250 hingga RM350 sebulan untuk sebuah bilik. Penyewa juga perlu membayar deposit sekurang-kurangnya RM250 dan utiliti RM50 hingga RM100.

“Bilik berkenaan bukan saja disewa kepada orang tempatan, malah warga asing yang turut diberi peluang tinggal dan berniaga di sini,” katanya.

Penulis yang meninjau kawasan perumahan itu menyaksika­n pelbagai kereta mewah dan berjenama yang diparkir di kawasan PPR Seri Cempaka.

Perumahan itu sebenarnya disediakan khusus untuk keluarga berpendapa­tan isi rumah tidak melebihi RM3,000 sebulan.

Malangnya, segelintir penghuni yang sudah berjaya meningkatk­an taraf hidup tidak berhasrat membeli kediaman lebih selesa, sebaliknya mahu terus menghuni di PPR itu.

Ini menyebabka­n ramai golongan kurang mampu terus berada dalam senarai menunggu untuk mendapatka­n kediaman berkenaan.

Tinjauan juga mendapati hampir semua unit rumah di PPR itu melanggan perkhidmat­an saluran televisyen berbayar dan memasang pendingin hawa.

Bagaimanap­un, pada masa sama, isu tunggakan bayaran sewa masih gagal diselesaik­an sehingga mencecah puluhan ribu ringgit berikutan segelintir penghuni mengambil sikap tidak acuh untuk membayar sewa

Khairil Roy Azuan berkata, tidak dinafikan mentaliti ‘setinggan’ turut dibawa sesetengah penghuni ke kawasan

PPR itu meskipun diberi peluang menghuni kawasan perumahan lebih selesa dengan pelbagai kemudahan.

“Ada saja ‘bom’ yang akan jatuh dari tingkat atas sama ada kayu, kaca, plastik, bungkusan sampah, malah lampin pakai buang berisi najis turut dibaling.

“Mereka langsung tidak mengendahk­an keselamata­n orang ramai yang berada di tingkat bawah serta kenderaan yang diletakkan di hadapan dan belakang flat,” katanya.

Menurutnya, masalah sosial membabitka­n penagihan dadah dan kegiatan tidak bermoral remaja lelaki dan perempuan turut berlaku di PPR Seri Cempaka.

Bagaimanap­un, katanya, melalui pelbagai aktiviti dianjurkan, ia berjaya minat belia terbabit dengan program

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia