Harian Metro

PETUA BIBIR CANTIK

-

Banyak produk penjagaan bibir di pasaran dan mereka yang tidak gemar memakai pelembap boleh mencuba kaedah lain.

Untuk itu, Gen Y kongsikan tip yang ringkas menggunaka­n bahan yang murah dan mudah didapati di rumah.

1. UBAT GIGI

Bahan ini paling mudah didapati kerana pasti ada di dalam bilik mandi anda. Hanya perlu sapukan ubat gigi ke bibir tiga minit sebelum mandi. Mudah bukan?

Selain memerahkan bibir, ubat gigi juga boleh membuang semua kesan gincu pada bibir anda. 2. MADU

Sapukan madu ke bibir selama kira-kira 15 minit. Kemudian bilaskan dengan air.

Terpulang jika mahu membiarkan­nya lebih lama daripada itu cuma anda mungkin akan rasa kurang selesa kerana sifatnya yang melekit.

3. DAUN SIRIH

Sirih mempunyai banyak khasiat dan salah satunya adalah melembapka­n bibir. Jadi apa salahnya mencuba, bukan?

Ambil tiga helai daun sirih , tumbuk hingga lumat dan kemudian sapukan airnya yang berwarna merah itu di bahagian bibir pada waktu malam atau sebelum tidur.

Amalkan setiap hari dan anda pasti nampak hasilnya.

4. HALIA

Tumbuk seketul halia hingga hancur. Perah airnya, campur kuning telur ayam kampung dan makan setiap pagi dan malam.

Bibir pucat akan menjadi merah seperti delima merekah dan pastinya anda kelihatan makin jambu!

5. KUNYIT

Tip ringkas guna bahan murah dan mudah didapati di rumah

Kunyit, salah satu bahan yang mudah didapati. Cuma perlu kupas kulitnya, cuci hingga bersih kemudian parut atau tumbuk dan campurkan santan kelapa pekat.

Akhir sekali, sapukan pada bibir anda dan vbiarkan seberapa lama. Lakukan setiap hari di rumah jika mahu mendapatka­n bibir cantik dan kemerah-merahan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia