Harian Metro

Bimbing belia memasak

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Dunia masakan bukan sesuatu yang asing buatnya malah kecekapann­ya di dapur sudah dipupuk sejak usia kanakkanak. Jika rakan sekelasnya lebih gemar membeli makanan di kantin sekolah pada waktu rehat, tapi tidak bagi wanita ini ketika zaman persekolah­annya.

Tidak pernah berasa malu membawa bekal ke sekolah, apatah lagi mengusung mangkuk tingkat berisi makanan yang dibekalkan ibunya, Cef Selebriti, Ili Sulaiman hanya memekakkan telinga saat ditertawak­an rakan sekolah.

Namun katanya, apabila mereka melihat hidangan lazat yang dibawanya, semua orang mahu menjadi rakannya dengan harapan untuk mencuba makanan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia