Harian Metro

Saya silap!

-

anak, menjemur dan mengangkat pakaian, mencuci pinggan atau menyapu. Ini bukan perkara asing untuk dilakukan sang suami terutama dalam era moden ini.

ELAKKAN PERTELINGK­AHAN

bermakna anda salah dan kalah kerana apa yang lebih penting ialah menjaga perasaan insan yang anda sayang.

Pada awalnya perkataan maaf ini mungkin berat untuk diucapkan, tetapi jika dilatih, ia akan menjadi perkara biasa. Dalam jangka masa panjang, ia akan membuat anda tenang dan mudah untuk berlapang hati.

LAKUKAN PERKARA DI LUAR DUGAAN

orang terdekat dengan anda. Lihat riak wajahnya, gerak badannya dan nada suaranya. Peka kepada emosi insan tersayang akan memudahkan anda untuk mengambil tindakan sewajarnya.

JADI INDIVIDU YANG LEBIH SENSITIF

Sensitif di sini bermakna memikirkan kesan percakapan atau tingkah laku kita kepada orang lain. Fikir dulu sebelum berkatakat­a atau melakukan sesuatu, adakah ia akan membuatkan orang lain terasa hati.

Dalam dunia yang serba sibuk ini, kita sering terlepas pandang perkara penting ini.

Kita sibuk dengan rakan maya di laman sosial atau membalas e-mel walaupun duduk di sebelah pasangan dan anak-anak. Ketahuilah, kesibukan melayan gajet canggih yang anda miliki itu sebenarnya boleh menjarakka­n hubungan anda sekeluarga.

Jika bertemu rakan rapat atau ahli keluarga, hentikan dulu aktiviti alam maya anda. Hargai insan yang benar-benar berada di depan mata.

BERKONGSI

adalah antara cara mudah menunjukka­n anda prihatin. Inilah konsep yang sering dilaungkan oleh sukarelawa­n di seluruh dunia dan anda boleh amalkannya di rumah sendiri.

TUNJUKKAN PENGHARGAA­N ANDA

Ia boleh dilakukan sebaik anda bangun dari tidur dengan mengatakan anda menyayangi pasangan, anak-anak dan ahli keluarga lain. Ayat seringkas ‘Saya sayang awak’ atau ‘Ayah/ Ibu sayang Alyaa’ sudah memadai. Penghargaa­n ini juga boleh ditunjukka­n dengan menyediaka­n minuman, bekal ringkas atau apa saja untuk orang tersayang.

JANGAN KEDEKUT BERTERIMA KASIH

Usah pandang lekeh kesan perkataan ‘Terima Kasih’. Dua perkataan ini boleh membuatkan orang tersenyum dan menambah rasa sayang. Apatah lagi jika ia ditulis pada kad. Ia akan menjadi barang yang sangat dihargai dan dikenang sepanjang hayat. Ucapkanlah terima kasih walaupun pasangan anda melakukan perkara ‘biasabiasa’ kerana apabila si dia sudah tiada, yang ‘biasabiasa’ itu akan jadi sesuatu yang sangat berharga.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia