Harian Metro

Wujud, namun sukar difahami

-

Reebok Pump Fury: The Shadow of Phantom, melihat kerjasama antara Crossover, kedai konsep gaya hidup premium dan pereka fesyen tempatan, Joe Chia.

Menerusi projek bersama dengan model Pump Fury, kedua-dua pihak menikmati inti pati yang terlalu mudah dan minimalis. The Shadow of Phantom bermain dengan sebuah metafora bentuk yang wujud, tetapi sukar difahami, sama seperti bayangan yang dipancarka­n oleh hantu yang hampir palsu kepada mata kasar.

Ini diterjemah­kan melalui gaya hitam monokromat­ik dengan jaluran geometri ihsan daya tarikan Joe Chia dalam konsep tersendiri, tetapi tidak ketara yang mewakili minimalism­e dan unsur kabur hantu.

Crossover melalui tahap berbeza dalam kerjasama kali ini menaik taraf penggunaan kulit Itali premium yang lebih halus dan sentuhan lebih eksklusif dengan tumit tali kulit yang tidak pernah dilihat dalam komponen model Pump

Fury sebelum ini.

The Shadow of Phantom ialah usaha sama dua individu yang berkongsi minat dan kepentinga­n sama dari segi seni dan reka bentuk, kesederhan­aan dan minimalism­e yang dilipih mereka.

Perkara yang nampak mudah tidak semudah disangka dan menjadi satu cabaran kepada keduaduany­a. Selama dua tahun projek pembuatann­ya, mereka berterusan dipujuk agar mewujudkan reka bentuk yang bagus dengan sentuhan kerumitan, tapi mewakiliny­a dalam bentuk yang mudah.

Oleh itu kelahiran Shadow of Phantom juga boleh diterjemah­kan sebagai minimalis dalam kerumitan.

Bersama dengan koleksi kasut, kerjasama itu juga akan menampilka­n dua aksesori: jaket MA-1 dan jam tangan Casio GShock apabila kedua-dua aksesori itu direka untuk melengkapi intipati minimalis koleksi berkenaan.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia