Harian Metro

Tampil gaya pekerja tulen

- Yusliza Yakimir Abd Talib yusliza@hmetro.com.my

Camel Active kembali dengan koleksi pakaian lelaki musim luruh dan sejuk 2016/2017 bertema Merentasi Sempadan mengajak lelaki mengatasi batasan dengan mengubah perspektif: ciri yang tidak dijangka dan berlawanan digabungka­n atau dilihat dalam konteks baru - gaya hidup tulen dan moden.

Elemen baju kerja dicampur dengan pakaian sukan; sempadan antara gaya yang berbeza dimansuhka­n. Permainan antara elemen inovatif dan trend baru, seperti warna pelbagai dalam DNA

Camel Active ini.

Dunia warna pakaian lelaki Camel Active berdasarka­n warna gelap dan tanah. Warna biru dan kelabu dengan ton berbeza menjadi trend paling penting musim baru ini. Warna indigo, merah dan hijau pekat adalah ciri kemuncakny­a.

Barisan baru yang lebih muda, Koleksi Denim mewakili satu koleksi gaya hidup muda di bandar disasarkan kepada golongan muda berumur antara 25 ke 35 tahun, menjalani gaya hidup aktif dan mempunyai cita rasa fesyen yang tinggi.

Bentuk lengkap, warna ekspresif, rawatan mempesonak­an dan tindak balas cucian menghasilk­an pakaian denim lengkap yang tulen termasuk pakaian, kasut, beg dan aksesori menggunaka­n label dan tag gantung berbeza.

Musim ini, denim asli ditunjukka­n menerusi tenunan baru dan struktur untuk pakaian santai dihasilkan dalam warna biru indigo pekat dengan kesan merah, hitam dan kelabu yang menampakka­n kesan tindak balas cucian dan pelunturan.

Koleksi Heritage dimodenkan dalam gaya, fabrik dan aplikasiny­a untuk menawarkan pengalaman baru buat pelanggan. Koleksi ini mengandung­i gaya pekerja tulen seperti jaket dan blousons ‘worker and trucker’ yang dipakai dengan chinos senteng, seluar dan but pekerja.

Jalur tradisiona­l baju vintaj digunakan secara bersahaja pada baju kemeja kasual yang lengannya boleh digulungka­n menampilka­n keperincia­n jahitannya, dan corak petak diilhamkan oleh jahitan klasik monokromat­ik. Keseluruha­n rangkaian produk seluar meliputi seluar kargo hibrid ke chinos.

Gabungan gaya dan bahan berbeza turut menghasilk­an kasut yang menarik perhatian. Koleksi kasutnya ditakrifka­n oleh kasut yang kelihatan buatan tangannya dengan kulit nubuck berminyak berkualiti tinggi.

Antara ciri utama musim ini ialah but kerja yang lasak. Kombinasi bahan menarik perhatian hingga perincian. Julat warna utama merangkumi ton hitam, kelabu dan coklat manakala warna semula jadi yang ringan dan hijau melengkapi spektrum warna.

Beg dan barangan kulit kecil Camel Active berbeza kerana campuran pelbagai bahan dan gaya. Bahannya terdiri daripada denim, suede, nilon dan kanvas, sesetengah­nya dengan perhiasan kulit, dihasilkan dalam warna biru, khaki dan perang cair.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia