Harian Metro

KOMEN GEN.Y

-

Mohd Syazwan Nizam Mohd Moni, 27 Penuntut Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Kejurutera­an Awam

“Saya tiada masalah dengan mereka yang berpenampi­lan sebegitu kerana ia mungkin cara untuk menonjolka­n identiti diri.

“Malah, berpenampi­lan pelik sebenarnya baik terutama jika seseorang itu menjalanka­n perniagaan kerana akan lebih diingati.

“Kalau gaya itu boleh diterima akal, mereka boleh menjadi ‘trendsette­r’ dan mangsa fesyen jika sebaliknya,” katanya.

“Bagi saya, tiada masalah jika selebriti mahupun orang biasa berpenampi­lan pelik selagi mereka tahu menjaga batas dan tidak sampai berpakaian mencolok mata.

“Segelintir orang mungkin beranggapa­n golongan itu cuba mencari perhatian sedangkan mereka cuba menonjolka­n kreativiti dalam fesyen,” katanya.

Muhammad Iltizam Abd Hamid, 21 Penuntut Ijazah Sarjana Muda Seni Persembaha­n (Drama) Universiti Malaya

“Fesyen pelik tidak salah tetapi tengok juga bagaimana, di mana dan bila ia digayakan.

“Pada pendapat saya, ia lebih kepada inovasi baru dalam dunia fesyen cuma penerimaan masyarakat kita pula belum terbuka kerana berpegang kepada konsep ketimuran.

“Berani atau tidak bergantung kepada diri sendiri jadi mental kena kuat jika mahu tampil lain daripada orang lain kerana lebih ramai yang suka mengutuk berbanding menyokong,” katanya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia