Harian Metro

Sengaja pasang lampu tinggi

-

„ Tindakan dilakukan pemandu kenderaan berat untuk cepat sampai ke destinasi dituju

<<DARI MUKA 1

Malah, ada antara pemandu kenderaan berat berkenaan memasang lampu tinggi semata-mata kerana mahu kenderaan di hadapannya bertukar ke laluan kiri supaya mereka dapat memecut dan segera sampai ke destinasi dituju.

Pengguna jalan raya, Mohd Hussin Abdullah, 39, berkata, laluan berkenaan dianggap berbahaya kepada penunggang motosikal kerana mereka paling berisiko terbabit kemalangan walaupun disebabkan kecuaian pihak lain.

Katanya, ketiadaan laluan motosikal selain pertambaha­n jumlah kenderaan berat menjadikan golongan itu perlu berhati-hati terutama ketika menggunaka­n lebuh raya berkenaan.

“Tidak dinafikan lori yang melalui lebuh raya ini memang laju, boleh lihat sebelum sampai ke persimpang­an Bandar Sultan Suleiman hampir semua mengejar ‘trip’.

“Pengguna motosikal perlu berwaspada kerana saya selalu membaca laporan berita apabila berlaku kemalangan di lebuh raya ini majoritiny­a membabitka­n motosikal dan lori,” katanya.

Pemandu lori kontena yang mahu dikenali sebagai Hamid, 40-an berkata, kemalangan yang berlaku tidak boleh disalahkan kepada pemandu kenderaan berat saja.

“Apabila ada antara kami pemandu lori membawa perlahan, pengguna jalan raya yang tidak sabar memotong, tetapi tidak lepas atau terjatuh, lalu kami (pemandu lori) yang disalahkan.

“Semua pihak perlu menjalanka­n peranan masing-masing, perlu ada sikap tanggungja­wab dan tidak pentingkan diri sendiri kerana laluan ini digunakan semua jenis kenderaan,” katanya.

Pegawai Turus Trafik Selangor, Deputi Superinten­dan Sahimi Husin berkata, lebuh raya berkenaan merekodkan purata 61 kemalangan setiap bulan membabitka­n pelbagai jenis kenderaan pada tahun lalu.

Menurutnya, pada tahun lalu 10 kemalangan maut dan tiga kemalangan membabitka­n kecederaan parah di laluan itu direkodkan dengan jumlah kemalangan keseluruha­n 732 kes.

“Pada Januari hingga Oktober tahun ini, tujuh kemalangan maut, tiga parah dilaporkan daripada jumlah keseluruha­n 638 kemalangan.

“Pelbagai faktor dan punca kemalangan di jalan raya ini disebabkan kecuaian pelbagai pihak dan polis memandang serius dalam menguatkua­sakan undang-undang jalan raya bagi mengekang peningkata­n kes kemalangan jalan raya,” katanya.

 ??  ?? LORI dipandu laju di Lebuhraya Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Grand Shahpadu, Klang.
LORI dipandu laju di Lebuhraya Lembah Klang (NKVE) menghala ke Plaza Tol Grand Shahpadu, Klang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia