Harian Metro

Minda bisnes Pegro

- Muhammad Zulsyamini Sufian Suri am@hmetro.com.my

„ Trak makanan jual produk sejuk beku seperti pasar raya mini

Fenomena ‘food truck’ atau trak makanan bergerak yang kian mendapat sambutan menggalakk­an mendorong pengurusan Kumpulan Perbadanan Pembanguna­n Pertanian Negeri Perak (PPPNP) menceburi bidang perniagaan itu.

Hadir dengan jenama Pegro, anak syarikat milikan penuh PPPNP di bawah Perak Agro Corporatio­n Sdn Bhd itu, tampil membawa kelainan dengan menjual produk berasaskan tanaman dan ternakan sendiri yang diperoleh menerusi anak syarikat yang juga bernaung di bawah PPPNP.

Majlis

prapelanca­rannya disempurna­kan isteri Menteri Besar, Datin Saripah Zulkifli, merangkap Yang Dipertua Badan Amal dan Usaha Isteri Negeri Perak (BAIDURI) ketika merasmikan Sambutan Hari Lembaga Kebajikan Perempuan Islam 2016 di Kediaman Rasmi Menteri Besar Perak, baru-baru ini.

Pegro menyajikan makanan sejuk beku berupa ikan tilapia hitam (ikan dori), udang dan juga sotong yang boleh dibeli sama ada menerusi produk sejuk beku mahupun yang dimasak menggunaka­n tepung yang diadun sendiri di dalam trak berkenaan dengan empat orang tenaga kerja.

Eksekutif Jualan dan Pemasaran Pegro, Fakhrul Nawwar Chairul Anwar, 30, berkata, syarikat yang baru saja dua bulan beroperasi itu juga menjual sayur-sayuran segar yang dihasilkan di la10 dang milik PPPNP iaitu di ladang Agroto, Kinta Highlands.

“Selain makanan sejuk beku dan sayuran, kami turut menjual jus mangga, air jamu, kerepek kunyit dan kerepek yang diletakkan daun kesum. Kami juga menjual rendang yang hanya perlu direndam dalam air mendidih selama kira-kira minit selain produk berupa sos cili, tomato serta kicap.

“Dengan harga serendah RM10, pembeli boleh mendapatka­n kombo bertemakan ‘Seafood Madness’ atau kegilaan makanan laut yang menggabung­kan sotong, udang dan ikan tilapia yang diadun bersama tepung tempura sebelum digoreng selain tambahan jus mangga (manggo shake),” katanya.

Fakhrul berkata, buat masa ini, trak makanan itu hanya akan bergerak mengikut acara atau program yang dianjurkan di sekitar Ipoh dan di dalam negeri itu saja terutama ketika program pemukiman Menteri Besar Perak sedang berlangsun­g di sesuatu kawasan.

 ??  ?? ANTARA produk sejuk beku berupa ikan tilapia, sotong serta udang yang dijual di atas trak makanan Pegro.
ANTARA produk sejuk beku berupa ikan tilapia, sotong serta udang yang dijual di atas trak makanan Pegro.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia