Harian Metro

Panggung Odeon diberi nafas baru RM5j

-

Georgetown: Jika pada era 1970 hingga 1980-an, ia adalah sebuah panggung wayang cukup popular di Jalan Penang dan apabila sebut saja nama Odeon, pasti ramai akan tahu lokasinya.

Nama panggung wayang Odeon cukup sinonim apabila ia menjadi lokasi pertemuan pasangan kekasih, rakan dan keluarga untuk menonton filem Melayu, Hindustan, Hollywood serta Cina dan tempat itu pernah melakar sejarah kegemilang­an industri perfileman suatu ketika dulu.

Kini, menerusi pelaburan RM5 juta, panggung wayang lama itu berubah wajah dan dimodenkan untuk menjadi sebuah restoran dikenali sebagai Odeon Trick Art Cafe & Restoran.

Pengunjung ke situ bukan saja boleh menjamu selera, malah boleh mengimbau kenangan dengan paparan sebahagian sejarah Pulau Pinang.

Malah, pengunjung boleh merakam lukisan menarik yang dipaparkan di dinding restoran.

Pengarah Urusan Odeon Trick Art Cafe & Restoran T N Boey berkata, usaha menambahba­ik panggung wayang lama kepada sebuah restoran dan kafe itu menjadi sandaran baru untuk menarik lebih ramai pelancong sama ada dari dalam dan luar negeri.

“Keunikan Odeon sememangny­a istimewa bukan saja menghidang­kan pelbagai juadah dengan harga berpatutan, tetapi turut memaparkan lukisan 3 Dimensi (3D) serta tayangan video mengenai sejarah awal Pulau Pinang.

“Setiap karya seni yang terpapar pada dinding unik kerana lipatan sejarah sebenar dikaryakan melalui lukisan dan ia memang menarik,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui ketika Majlis Perasmian Odeon Trick Art Cafe & Restoran yang disempurna­kan Ketua Pengarah Tourism Malaysia Datuk Seri Mirza Mohammad Taiyab di Jalan Penang di sini.

Turut hadir, Pengerusi Odeon Trick Art Cafe & Restoran Datuk Seri John Chan.

 ??  ?? WAJAH baru Odeon pamer kisah klasik sambil menjamu selera.
WAJAH baru Odeon pamer kisah klasik sambil menjamu selera.
 ??  ?? REKA bentuk dalaman Odeon Trick Art Cafe & Restoran.
REKA bentuk dalaman Odeon Trick Art Cafe & Restoran.
 ??  ?? CHAN (tengah) menyerahka­n cenderahat­i kepada Mirza ketika majlis perasmian Odeon Trick Art Cafe & Restoran.
CHAN (tengah) menyerahka­n cenderahat­i kepada Mirza ketika majlis perasmian Odeon Trick Art Cafe & Restoran.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia