Harian Metro

Musibah si gagak

-

„ Penduduk tidak selesa bau busuk burung selongkar sampah

Menyelongk­ar tong sampah dan najisnya mengotorka­n kenderaan. Itu antara kesan gangguan gagak sehingga menimbulka­n ketidaksel­esaan kepada penduduk di sekitar Bandar

Mahkota Cheras dan

Bandar Sungai Long.

Tinjauan Metroplus mendapati, gagak bukan saja mengganggu di kawasan perumahan malah mengotorka­n kawasan riadah seperti taman permainan dengan sampah dan bangkai hingga menyebabka­n bau busuk.

Penduduk Bandar Mahkota Cheras, Farah Yusof, 51, berkata, dia mencuci keretanya dua hari sekali akibat najis burung.

“Burung ini menyebabka­n kawasan rumah kotor kerana membawa bangkai,” katanya.

Peniaga di Bandar Sungai Long, Sakinah Jusoh, 34, berkata, setiap hari dia membawa pulang semua perkakas niaganya.

“Pada mulanya saya menyangka anjing menyelongk­ar barang yang saya tinggalkan untuk berniaga keesokan hari tetapi rupa-rupanya gagak,” katanya.

Susulan masalah itu, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersiha­n Awam Majlis Perbandara­n Kajang (MPKj) melakukan operasi menembak gagak.

Menurut Ketua Unit Perancanga­n Korporat dan Perhubunga­n Awam MPKj Kamarul Izlan Sulaiman, pihaknya mengadakan operasi menembak gagak tiga kali setahun.

“Kami menerima 38 aduan di sekitar kawasan Bangi, Bandar Mahkota Cheras, Bandar Sungai Long dan Dusun Tua.

“Berikutan aduan itu, kami mengadakan program tembak gagak dan menembak 994 ekor gagak,” katanya.

Menurutnya, usaha lain yang dilakukan MPKj adalah melantik Kelab Menembak Selangor untuk menjalanka­n aktiviti menembak gagak bagi mengurangk­an populasi burung itu.

“MPKj sentiasa melakukan operasi bagi menyekat populasi gagak liar ini.

“Hal ini diambil serius kerana ia boleh menyebabka­n penularan penyakit seperti selesema burung dan keracunan makanan,” katanya.

 ??  ??
 ??  ?? OPERASI menembak gagak di kawasan sekitar Kajang.
OPERASI menembak gagak di kawasan sekitar Kajang.
 ??  ?? BANGKAI gagak ditembak dikumpulka­n.
BANGKAI gagak ditembak dikumpulka­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia