Harian Metro

Bosan hidup berteman lalat

- Azahar Hashim am@hmetro.com.my

„ Lebih 2,000 penduduk Kampung Mukim Selama, Mukim Sungai Batu desak masalah diatasi

Bukan seekor dua, bahkan ratusan lalat menghurung makanan dan minuman. Itulah keadaan dihadapi lebih 2,000 penduduk kampung di Mukim Selama dan Mukim Sungai Batu, dekat sini.

Masalah serangan lalat itu dikatakan berpunca daripada ladang ternakan ayam terletak berhampira­n kampung mereka yang beroperasi secara terbuka.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Keda Sungai Tengas, Md Rodzi Othman, 59, yang juga peniaga gerai makanan berkata, masalah lalat di kampung itu berlarutan sekian lama hingga menjejaska­n perniagaan gerai makanan penduduk.

“Keadaan lalat di kawasan ini kini mengganggu kehidupan penduduk terutama ketika musim kenduri. Makanan yang disajikan kepada tetamu tidak boleh dibiarkan terbuka begitu lama kerana dihurung lalat. Kami dah bosan dengan keadaan ini.

“Saya sendiri sukar hendak menjual makanan kerana kehadiran lalat yang banyak menyebabka­n pelanggan lebih suka membeli makanan untuk dibawa pulang,” katanya ditemui di Keda Sungai Tengas, baru-baru ini.

Md Rodzi berkata, kehadiran lalat di kampung semakin banyak jika ayam matang dibawa keluar dari ladang untuk jualan.

“Apabila ladang itu kosong, penternak akan menyembur racun untuk membasmi kuman serta membersihk­an kotoran serta najis ayam.

“Mereka juga menyembur racun di kawasan persekitar­an berhampira­n kampung bagi mengelakka­n lalat, namun kini tiada lagi menyebabka­n lalat menyerang kampung.

“Lalat cukup banyak dalam masa dua minggu dan berkuranga­n apabila anak ayam dipelihara semula,” katanya.

Katanya, apabila hujan, lalat kembali banyak dan penduduk sudah tidak tahan lagi dengan keadaan itu.

Seorang penduduk, Mohd Yusri Hashim, 41, berkata, penduduk melakukan pelbagai cara untuk menghalau lalat menghurung makanan kerana bimbang ia mengundang pelbagai penyakit berbahaya.

“Paling teruk ketika majlis kenduri apabila makanan tidak boleh disajikan tanpa menutupnya di dalam talam, jika tidak makanan akan tercemar.

“Apabila musim lalat banyak, kita tidak boleh leka menutup makanan bagi mengelak ia rosak. Kehadiran lalat yang banyak ini juga membuatkan rasa geli untuk menikmati makanan,” katanya.

Sementara itu, Ahli Majlis Daerah Bandar Baharu (MDBB), Muhamad Fadzli Mat Saad berkata, pihaknya sudah memanggil pengusaha ladang ternakan ayam di seluruh daerah itu untuk mengadakan perbincang­an bagi mencari jalan penyelesai­an terbaik.

Katanya, ada antara pengusaha di ladang ternakan ayam terbabit ingkar untuk hadir ke pejabat (MDBB) apabila diadakan perjumpaan.

“Di seluruh daerah ini saja ada 49 ladang ternakan ayam dan daripada jumlah itu, hanya satu saja pengusaha ladang ternakan ayam yang dibuat secara tertutup dan masalah lalat ini saya sudah beberapa kali ditimbulka­n dalam mesyuarat MDBB.

“Mantan pegawai daerah turut menjelaska­n masalah lalat ini akan diatasi menjelang 2020 dan kita beri peluang kepada pengusaha agar melakukan pengubahsu­aian terhadap ladang mereka,” katanya.

Menurutnya, di kawasan Mukim Sungai Batu ada satu ladang ayam sementara tiga ladang lagi di Mukim Selama yang hampir dengan kampung iaitu di Kampung Sungai Tengas, Keda Sungai Tengas, Sungai Batu dan Sungai Buluh.

 ?? FOTO: MOHDAMINJA­LIL ?? PELANGGAN restoran tidak selesa dihurungi lalat ketika menjamu selera. MAKANAN tidak boleh terdedah lama kerana pasti dihinggapi lalat.
FOTO: MOHDAMINJA­LIL PELANGGAN restoran tidak selesa dihurungi lalat ketika menjamu selera. MAKANAN tidak boleh terdedah lama kerana pasti dihinggapi lalat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia