Harian Metro

200 keluarga jadi contoh masyarakat

-

Seremban: Dua ratus keluarga dari Taman Bandar Seremban Selatan (TBSS) Senawang dipilih mewakili negeri ini mengikuti Program Pemerkasaa­n Keluarga dan Komuniti (FACE) yang bermatlama­t melahirkan masyarakat berdaya tahan dan mapan terhadap masalah sosial.

Program FACE yang diwujudkan Kementeria­n Pembanguna­n Keluarga, Wanita dan Masyarakat (KPMWKM) memberi fokus kepada pengukuhan institusi keluarga dan komuniti ke arah mencapai masyarakat sejahtera.

Pengarah Lembaga Penduduk dan Pembanguna­n Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Sembilan, Rajen Sellamuthu berkata, keluarga terbabit akan membentuk satu komuniti dan menyertai 14 lagi komuniti lain di seluruh negara, tahun ini.

Beliau berkata, pemilihan taman berkenaan untuk program FACE berpanduka­n beberapa faktor dan kajian yang dibuat selain kapasiti penduduk berbilang kaum yang seimbang.

Menurutnya, pihaknya turut menjalanka­n kaji selidik September lalu membabitka­n lapan aspek antaranya ekonomi, komunikasi, kesihatan, keselamata­n dan permasalah­an sosial.

“Berdasarka­n faktor itu, kita mendapati terdapat isu dan permasalah­an membabitka­n institusi keluarga yang diukur berpanduka­n Indeks Kesejahter­aan Keluarga (IKK).

“Program ini penting untuk kita mengenal pasti isu dan keperluan utama dalam usaha memantapka­n institusi keluarga dengan menjadikan penduduk taman berkenaan sebagai contoh,” katanya selepas majlis perasmian Program FACE sempena Sambutan Bulan Keluarga Kebangsaan 1Malaysia (BKK1M) peringkat Negeri Sembilan, di Padang Awam TBSS Fasa 2, di sini, baru-baru ini.

Majlis perasmian disempurna­kan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paroi Mohd Ghazali Abdul Wahid.

 ??  ?? MOHD Ghazali (tengah) melancarka­n Program Pemerkasaa­n Keluarga dan Komuniti (FACE) di Taman Bandar Seremban Selatan.
MOHD Ghazali (tengah) melancarka­n Program Pemerkasaa­n Keluarga dan Komuniti (FACE) di Taman Bandar Seremban Selatan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia