Harian Metro

Guru perkasa semua aspek

- Mohd Shukor Amin hmetroshah­alam@ hmetro.com.my

„ 41 tenaga pengajar SKDAL sertai bengkel pembinaan Perancanga­n Strategik 2017-2020

Seramai 41 guru Sekolah Kebangsaan Doktor Abdul Latiff (SKDAL) tekad memanfaatk­an kursus dan bengkel pembinaan Perancanga­n Strategik 2017-2020 yang diadakan di Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS), di sini, baru-baru ini sebagai wadah memperkasa sekolah itu dalam pelbagai bidang.

Kursus dua hari itu diisi dengan ceramah dan bengkel bagi membina pelan strategik sekolah itu, sekali gus boleh digunakan untuk meningkatk­an pencapaian sekolah dalam bidang akademik, hal ehwal murid dan kokurikulu­m.

Guru Besar SKDAL Megat Pauzi Ibrahim berkata, selain menumpukan kepada pembinaan perancanga­n strategik, guru juga perlu mengambil kesempatan meningkatk­an hubungan silaturahi­m serta semangat sepasukan sesama rakan sekerja. “Kita mahu guru memahami prosedur serta langkah pembinaan perancanga­n strategik itu dalam kumpulan yang secara tidak langsung mengeratka­n hubungan baik sesama rakan sekerja,” katanya.

Ceramah itu disampaika­n Ketua Unit Kualiti Pejabat Pendidikan Daerah Sabak Bernam, Japri Ismail.

Megat Pauzi turut mengucapka­n terima kasih kepada PSIS yang menjadi rakan strategik sekolah itu demi memastikan kecemerlan­gan pendidikan secara bersama.

Sementara itu peserta kursus, Mohd Shukor Mohd Amin berkata, peluang mendapatka­n maklumat daripada pakar pembinaan pelan strategik dianggap rahmat kepada semua guru sekolah itu yang menjadi sekolah pertama di daerah dan negeri menerima maklumat berkenaan.

“Tanggapan yang mengatakan proses pembinaan pelan strategik ini sukar dan remeh hilang sedikit demi sedikit kerana ia dibuat secara berkumpula­n dan perbincang­an terus dengan pakar dari Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) mahupun dalam kalangan guru sendiri,” katanya.

Menurutnya, pembinaan perancanga­n strategik itu membabitka­n hampir semua guru SKDAL dan ia dilakukan secara berterusan tahun demi tahun sehingga 2020 yang mana diharapkan sekolah mencapai keputusan cemerlang dalam aspek yang dipilih.

 ??  ?? GURU SKDAL tekun mengikuti ceramah pembinaan Perancanga­n Strategik yang disampaika­n Japri.
GURU SKDAL tekun mengikuti ceramah pembinaan Perancanga­n Strategik yang disampaika­n Japri.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia